KERAJAAN Pakatan Harapan tidak akan melaksanakan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menteri Kewangan itu berkata, tidak ada cadangan oleh ahli-ahli ekonomi untuk mengembalikan semula sistem percukaian yang pernah dilaksanakan oleh pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini.

“Kita telah menghapuskan GST pada bulan Jun tahun lalu.

“Tidak ada rancangan untuk mengembalikannya,” katanya.

Kerajaan diunjur mengutip sebanyak RM22 bilion daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada tahun ini.

Jika angka itu dicapai, ia adalah separuh daripada RM44 bilion yang dikutip melalui GST pada tahun 2017. – 14 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.