MASIH ada penjawat awam yang mementingkan diri sanggup menjual maruah dan negara ketika soal integriti, keluhuran dan amanah dibicarakan, kata Datuk Aziz Muda.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) itu mengecam perbuatan penjawat awam yang mengkhianati amanah yang diberikan dan sanggup bersekongkol dengan sindiket penjualan dokumen pengenalan diri MyKad kepada warga asing.

Katanya, tindakan penyelewengan itu bukan perkara biasa dan tidak dapat diterima pihaknya.

“CUEPACS sangat kecewa dengan kes tersebut.

“Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) satu jabatan penting yang memastikan negara dihuni oleh warga negara secara sah mengikut undang-undang yang ditetapkan.

“Apa yang dilakukan kita tidak boleh terima sama sekali dan seolah telah menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap penjawat awam,” katanya.

Pada 11 September lepas polis berjaya membongkar sindiket penjualan dokumen pengenalan diri MyKad kepada warga China yang didalangi pegawai JPN.

Kes itu terbongkar selepas pegawai Jabatan Imigresen membuat laporan polis berikutan permohonan pasport oleh seorang pemegang MyKad sah namun pemohon didapati tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu dipercayai berlaku pada Mei lalu.

Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang, Mohd. Faizul Ariffin, 34, antara enam individu yang didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang berhubung sindiket penjualan sijil kelahiran dan MyKad sah kepada warga asing.

Azih juga berharap kerajaan perlu adakan proses semak dan imbang untuk pastikan perkara tersebut tidak lagi berulang.

“Perlu ada perimbangan dari segi sumber manusia dan tidak hanya bergantung kepada mesin bagi pengesahan MyKad,” katanya. – 14 September 2019.

8 COMMENTS

  1. Patut la PRU 14 dlu DAP menang bnyak kerusi. Rupa nya import warga China msuk dpt Mykad jd warga negara dgn mudah.

  2. Jabatan siasatan kerajaan Perlu siasat warga2 cina yang Ada dimalaysia yang telah menggunakan ic palsu terutamanya di pulau pinang .. Perlu ambil tindakan keras

  3. APA NAK JADI DENGAN MALAYSIA?

    Amanah yg di galas kini menjadi “GHALIMAH” pada sebahagian anggota penjawat awam & penguatkuasa yg paling layak di gelar pengkhianat negara.
    Apa lg yg tiada dlm rangking @ carta Malaysia..

    Malaysia Pusat Transit Dadah Antarabangsa.
    Malaysia Pusat Pelacuran Asia.
    Malaysia Pusat Lambakan Migran.
    Malaysia Pusat Lambakan Produk Haram.
    Malaysia Pusat Penyeludupan Senjata

    Masyarakat dunia memandang hina penjawat awam & penguatkuasa Malaysia hingga pernah di hina dgn lebal ” Intergriti mereka boleh di beli dgn cuma sebatang rokok”

    Tahniah Malaysia.
    Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 62.

  4. Yang jadi pengkhianat negara lucut je jawatan dia ta perlu bnyak cakap,senang2 jual MyKad kt orang ,ta sedar diri ,ta puas2 apa yg ada kt diri sendiri ,tamak haloba.

  5. Kerajaan kena pinda hukuman bagi kesalahan pemalsuan dokumen penting kerajaan & kesalahan jenayah rasuah kepada hukuman yg lebih berat.
    Sama ada hukuman mati @ hukuman seumur hidup & minimum 10 sebatan mandatori.
    Insyaa Allah kesalahan ini akan mengajar pemimpin utk lebih bertanggungjawab.

  6. Bahaya ni..pndangan yg dibrikn smua diatas ada btulnya..berarah ke p.penang..klu kita tgok negri ni..apa yg xde..smua brmula di p.penang..dri jnayah dadah,judi,kongsi gelap..mcm2 lgi lh smua ada..dah mcm transit jenayah dlm mlysia ni..tambah plak kes bli kerakyatan..msti ada tujuan/arahan dri krajaan negri..klu x pegawai xkn brani nk buat hal..pihak yg bertanggungjwb kna siasat hingga ke lubang cacing pkara ni..kita rakyat xsuka warga asing sewenang2 jd warganegara mlysia..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.