KETUA Pemuda Parti Sosialis Malaysia, Khalid Ismath ditahan polis berhubung dakwaan menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah, mengesahkan perkara berkenaan.

Beliau berkata pemimpin pro Syiah itu ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata pihaknya telah menerima laporan berhubung kes itu.

Berikutan itu, polis telah membuka siasatan di bawah Seksyen 4, Akta Hasutan 1948.

Tunku Azizah dilaporkan telah menyahaktif akaun Twitter rasmi milik baginda berikutan komen negatif daripada netizen. – 14 September 2019.

4 COMMENTS

  1. Kita x tahu tujuan khalid ismath begitu celupar komen terhadap agong yg di sayangi rakyat adakah kerana ideologi sosialis nya atau kesyiahan nya tapi kalau di katankan dua unsur tadi sesuai dgn kurang adab nya terhadap institusi diraja sestem sosialis mmg pembenci kpd sestem fiodal wlpon raja berperlembagaan dan syiaah membenci kpd ahli sunnah apalagi agong sebagai pelindong kpd islam yg majority ahli sunnah.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.