LAGI kes melibatkan kebebasan suara disekat dilaporkan di bawah rejim Pakatan Harapan.

Kali ini melibatkan pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Abdul Muien Abadi menerusi Facebooknya, mendedahkan bahawa artikel berkenaan sokongan terhadap kempen utamatakn produk Islam Bumiputera (BMBF) telah disekat.

Artikel yang disekat itu bertajuk ‘100 Fakta Wajib Sokong Produk Muslim’.

Dalam artikel itu, Abdul Muien menerangkan 100 sebab orang Muslim perlu menyokong produk keluaran Islam dan Bumiputera.

Fakta itu dibuat berdasarkan statistik pecahan kaum dan perkembangan ekonomi semasa antara kaum.

Bagaimanapun artikel itu telah disekat ketika orang Islam giat menyokong kempen BMBF.

Seperti yang sedia maklum, pemimpin Pakatan Harapan terutamanya DAP membantah keras kempen itu dengan menyifatkannya sebagai rasis dan sia-sia.

Selain Abdul Muien, ada beberapa lagi kes sama melibatkan sekatan kebebasan bersuara.

Akaun Face Tentera Troll Kebangsaan Malaysia (TTKM), Team SEDAR dan pemimpin MIC, C. Subash antara pihak yang dikenakan sekatan kerana lantang mengkritik Pakatan Harapan.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia dikawal oleh menteri DAP, Gobind Singh Deo. – 14 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.