ARWAH Nik Aziz Nik Mat pernah bersetuju terhadap penyatuan UMNO dan PAS, dedah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kerjasama kedua-dua parti dipersetujui ketika bekas Mursyidul Am PAS itu masih hidup.

Abdul Hadi berkata, perkara itu pernah dibincangkan dengan Nik Aziz dalam mesyuarat majlis syura parti itu sebelum ini.

“Taawun (kerjasama) ini ialah satu istilah yang sudah sepakat dengan Tuan Guru Nik Aziz ketika beliau masih hidup lagi kerana kerjasama (dengan UMNO) pernah ada zaman 70-an dulu.

“Taawaun dibincangkan oleh Majlis Syura Ulamak pada masa Tok Guru masih hidup lagi,” katanya.

Nik Aziz ketika hayatnya pernah mencadangkan supaya UMNO dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu.

Parti baharu itu akan dijadikan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

Pendirian itu pernah dilaporkan media pada 2008 ketika Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan ke-37 di Machang, Kelantan. – 14 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.