SEMALAM, pakar formula PKR, Rafizi Ramli menyindir kerjasama PAS dan UMNO yang memeterai piagam politik bagi melawan Pakatan Harapan.

Sindirnya, tok kadi akan menentukan jantina UMNO dan PAS apabila kedua-dua parti Islam dan Melayu itu ‘bernikah’ hari ini.

Hal itu mendapat perhatian bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membalas sindiran Rafizi.

Ada dua soaan pedas ditujukan Najib kepada Rafizi.

Bekas Presiden UMNO itu dengan sinis bertanya kepada Rafizi berhubung adakah kepimpinan PKR mengetahui akan beza suami dan isteri.

Persoalan kedua pula, beliau bertanya antara DAP, PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), siapa pula yang bertindak sebagai suami ataupun isteri.

“Saya ada dua soalan buat Rafizi, orang PKR tahu beza suami dengan isteri tak? Antara DAP, PKR dan Bersatu, siapa suami dan siapa isteri,” soalannya menerusi hantaran dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Terdahulu Rafizi turut meramal kerjasama ummah antara UMNO dan Pas tidak akan bertahan dalam tempoh yang lama meskipun diperkuat menerusi Himpunan Penyatuan Ummah.

Sementara itu, Najib turut menyindir Parti Amanah Negara (Amanah) tidak perlu dipertikai kerana ramai percaya hubuangan mereka lebih kepada bapa dan anak. – 14 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.