Hak Bumiputera makin dijarah, jangan gabung UEM-Ecoworld

3

PERTAMA sekali saya dan kawan-kawan serta netizen Malaysia ingin menyatakan merayakan kejayaan apabila Sime Darby Property gagal untuk menamakan Dato Voon Tin Yow (yang merupakan Lembaga Pengarah Ecoworld) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) walaupun sudah dinamakan melalui Mesyuarat Lembaga Pengarah Ogos 2019 lalu.

Melalui maklumat selain itu, Lembaga Pengarah turut akan meluluskan gaji lebih suku juta, RM 265,000 sebulan buat Tin Yow berbeza dengan CEO sebelum ini Dato Hashim hanya dibayar RM62,000 sebulan.

Selain itu kemasukan Tin Yow bakal menukar peranan Sime Darby sebelum ini yang menjadi payung melahirkan pemain korporat dan professional Melayu berjaya selama ini.

Untuk pengetahuan semua sekarang pun peringkat pengurusan senior sudah dikuasai lebih 60% bukan Bumiputera, bayangkan dengan lantikan Tin Yow nanti pasti akan lebih mengecil jumlah Bumiputeranya.

Isu ini saya mulakan hampir sebulan lalu dan selama sebulan, isu ini mendapat bantahan netizen merentasi kepentingan politik.

Bantahan netizen ini turut memaksa respon beberapa pemuka PH sendiri seperti Kadir Jasin dan Rais Yatim terbaru sidang media oleh Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan turut bercakap isu yang sama. Terima kasih dan tahniah.

Alhamdulillah terbaru kita memperolehi maklumat bahawa Mesyuarat Lembaga Pengarah Sime Darby Property terpaksa mengakui tekanan yang diterima dan membatalkan perlantikan Voon Tin Yow.

Ini satu kejayaan netizen Malaysia dan kita masih menanti siapa bakal menggantikan nama Voon Tin Yow sebagai CEO Sime Darby Property.

Sungguh pun begitu usaha meragut kepentingan Bumiputera di syarikat kaitan kerajaan (GLC) dengan lobi Kementerian Kewangan tidak terhenti.

Terbaru ialah usaha ke arah penggabungan UEM Sunrise dengan Ecoworld.

UEM Sunrise ialah syarikat GLC yang mendapat suntikan dana melalui Khazanah. Melalui Khazanah UEM Sunrise merupakan syarikat berkepentingan tinggi bumiputera.

Ecoworld merupakan syarikat swasta lebih 85 % berkepentingan bukan Bumiputera.

Carian menemukan rekod Tan Sri Dato’ Sri Liew Kee Sin merupakan pemegang kepentingan terbesar dalam Ecoworld. Bukanlah rahsia hubungan Liew Kee Sin dengan Lim Guan Eng dan Tony Phua serta bagaimana dia membuat keuntungan melalui senarai projek-projek di Pulau Pinang sebelum ini.

Rekod penggabungan korporat sebelum ini merekodkan GLC milik negara menyuntik dana ke syarikat namun pengurusan tetap diuruskan oleh pengurusan lama syarikat tersebut.

Contohnya Permodalan Nasional Berhad (PNB) ‘membeli atau menyuntik modal’ ke dalam SP Setia tetapi pengurusan sama SP Setia tetap menguruskan syarikat tersebut.

Maka selepas ini bakal dilihat UEM Sunrise syarikat milik negara berkepentingan tinggi Bumiputera bergabung dengan Ecoworld maka UEM Sunrise akan pelahan lahan berkubur sebaliknya aset tanah dan seumpamanya akan diuruskan Ecoworld yang berkepentingan majoriti bukan Bumiputera.

Pengabungan Ecoworld hanya akan menjadi proses melumpuhkan syarikat berkepentingan Bumiputera, menyerahkan aset seperti tanah dan seumpamanya, serta Khazanah Nasional akan menjadi ‘penyuntik dana’ sebaliknya semua akan diuruskan oleh Ecoworld ke arah menjadikan syarikat 85% kepentingan bukan bumiputera ini menjadi kumpulan pemaju hartanah terbesar negara.

7. Melalui dokumen perbincangan pergabungan yang bocor jelas Liew Kee Sin bakal menduduki kerusi penting dalam syarikat gabungan baru itu nanti.

Satu lagi tidak lupa kerisauan proses pergabungan ecoworld dan UEM sunrise sebenarnya ialah bail out Ecoworld yang dikatakan sedang mengalami jumlah projek tidak terjual yang tinggi khususnya hartanah mewah.

Pergabungan ini jelas menjadikan negara melalui Khazanah menanggung liabiliti Ecoworld yang tinggi kini.

Nampak gayanya Khazanah Nasional sedang dicabul, PNB sedang diperkosa.

Tanah dipijak bakal menjadi milik orang. Namun harus disedar pengadaian hak ini ada dalang Melayu yang hanya berkiblatkan duit di belakangnya.

Saya tanpa berselindung menamakan Syed Mokhtar Bin Syed Nor atau dikenali sebagai Syed Mokhtar Al Bukhary.

Ecoworld yang menjarah kepentingan Bumiputera ada cap jari Syed Mokhtar Al Bukhary dibelakangnya.

Carian dibuat ke atas pemegang kepentingan dalam EcoWorld Berhad mencatatkan sebelum ini lebih kurang 20 % saham dipegang melalui satu syarikat dipanggil Syabas Tropikal Sdn Bhd.

Yang apabila carian dibuat sangat pelik dimana semua lembaga pengarahnya Bumiputera namun syarikat tersebut dipegang 99,999 unit sahamnya oleh Leong Kok Wah manakala hanya 1 unit dipegang oleh Fisol Musa.

Namun terbaru Ecoworld Berhad membuat pengumuman untuk penjualan saham dalam jumlah yang besar yang mana sebahagian besar saham milik Syabas Tropikal telah dijual kepada Sinarmas Harta Sdn Bhd.

Yang paling menarik Sinarmas Harta turut dimiliki minority kecil oleh Fisol Hashim. Adakah ini semua pemainan “insider trading” dalam mengaburi mata bagi mengaut kayaan singkat tanpa pedulikan kepentingan bumiputera yang tergadai.

Lebih penting dibelakang syarikat dan transaksi ini wujud peranan Setiausaha Syarikat berpengkalan di Singapura.

Adakah ini semua berkaitan dengan pengumuman Syed Mokhtar sekitar Febuari lepas yang menyatakan dia sedang mencari dana pelaburan bagi tanah kormersial bernilai tinggi di Bukit Bintang.

The Edge 19 Feb, turut melaporkan, tanah tersebut jika berjaya “diperolehi pelabur untuk dibangunkan” Syed Mokhtar akan memperolehi keuntungan berganda sangat besar.

Paling menarik laporan tersebut turut menulis tanah tersebut diperolehi oleh Syed Mokhtar jauh sangat rendah dari harga pasaran.

Hak kepentingan Bumiputera sedang dijarah, keadaan semakin parah apabila ada bumiputera celaka yang berselindung meransang perkara ini terjadi demi keuntungan jangka masa singkat.

Kami juga maklumkan kami sedang memerhatikan secara dekat peranan mereka yang didalam Pejabat Perdana Menteri juga tanpa berselindung Tan Sri Badariah kamu sedang kami perhatikan. Kaitan kamu dan suami bersama Syed Mokhtar kami sedang teliti.

Harapnya Tun Mahathir tidak terpesona dengan siri lawatan kerap Syed Mokhtar bertemu kamu kebelakangan ini menyatakan kesetiaan. Jelas semua dalam senyum sedang menyusun ranjau.  15 September 2019.

BADRUL HISHAM SHAHARI @ CHEGUBARD,
Penganalisis politik dan Otai Reformasi.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

3 COMMENTS

  1. Awas jenis anjing kalau tak dapat makan taik depa akan hidu di mana bangkai ,agenda jenis babi mesti di pantau AWAS .

  2. Yang Tulis ini adalah manusia yang paling bodoh kerana isi kandungannya langsung tak betul.
    Sime Darby perlukan seorang yang penuh kebulihan yang terbukti untuk memajukan syarikat itu kehadapan berbanding dengan di urus olih kroni kroni politik yang di tinggalkan olih….
    Dato Voon hanya di lantik sebagai CEO untuk mencari keuntungan untuk Sime Darby Dan bukan untuk diri nya sendiri. Hak Bumiputera tak akan terjejas kerana Dato Voon tak bolih control salam syarikat itu.
    Tak perlulah sentuh isu isu sensitive untuk agenda persendirian. oh my god!!! Orang kita senang terpengaruh bila isu Agama Dan Kaum Diguna.
    Please get your facts right and don’t let people use the innocent people by using Race and Religion to achieve their personal agenda.
    UEM – ECOWORLD
    UEM yang beli ECOWORLD Dan bukan sebaliknya.
    PNB yang beli SP Setia bukan sebaliknya di zaman BN dan pengurusan tidak ditukar kerana pihak PNB cukup puas dengan keuntungan yang perolihi dari pengurusan sedia ada yg bukan majoriti Bumiputera berbanding dengan GLC GLC lain yang diuruskan olih political appointees.
    My beloved Malay brothers , please open up your minds and see the real picture and don’t get used by people who use the race and religion card to achieve their own personal agenda.
    God bless Malaysia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.