PRESIDEN Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, piagam Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS akan membawa negara kepada masyarakat yang berpusat kepada bangsa Melayu.

Selain itu, Hoe Chai berkata, piagam itu dilihat akan membahagikan sistem sosial yang pluralistik serta menjadikan Malaysia sebagai negara rasis.

Tambahnya, piagam itu juga akan membawa negara kepada masyarakat yang berpusat kepada bangsa Melayu.

“Penyatuan UMNO dan Pas yang membentuk satu perikatan hari ini tidak hanya akan menulis semula peta politik Malaysia, tetapi akan membahagikan lagi struktur sosial Malaysia yang pluralistik,” katanya.

Hoe Chai menegaskan Gerakan yang merupakan parti politik pelbagai etnik tidak akan sesekali bekerjasama dengan PAS.

“Gerakan sentiasa menekankan kepelbagaian dan percaya bahawa politik pluralistik adalah masa depan negara dan berharap akan mendapat sokongan rakyat secara bersama khususnya dalam mempertahankan sistem politik majmuk di negara ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dominic berkata, berdasarkan analisis keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) lepas, UMNO dan PAS berharap untuk merebut semula kira-kira 30 kerusi Parlimen daripada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, PH akan melancarkan ‘Pertandingan Islam’ dengan Barisan Nasional (BN) untuk bersaing bagi meraih pengundi Melayu.

“Pada PRU lalu, PH hanya mendapat 25 peratus hingga 30 peratus daripada sokongan orang Melayu dan sejak PH berkuasa, mereka berusaha untuk mengembalikan kepercayaan orang Melayu dengan mengekalkan matrikulasi serta meningkatkan pengambilan pelajar ke insititusi pendidikan itu,” katanya. – 15 September, 2019.

1 COMMENT

  1. Pari gerakan tidak menyertai UMNO dan PAS pun tidak menjadi masalah. Sebab parti gerakan seperti mendukung biawak hidup dalam BN. Disebabkan parti gerakan lah Pulau Pinang jatuh ke tangan DAP. Parti Kamu rasis.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.