SEORANG lelaki yang didapati bersalah menghina Nabi Muhammad SAW dirujuk ke institusi mental selepas ibunya mendakwa dia menunjukkan tanda sakit mental sejak kecil.

Alister Cogia dihukum penjara 10 tahun dan didenda RM50,000 selepas mengaku bersalah atas 5 pertuduhan menghina Nabi Muhammad SAW di Facebook pada Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Hakim Mahkamah Tinggi, Azahari Kamal Ramli berkata, Alister harus menjalani hanya 3 daripada 5 pertuduhan tersebut secara serentak.

Katanya, hukuman itu akan berjalan berturut-turut dan 2 lagi tuduhan dengan denda RM50,000 sebagai ganti penjara 6 tahun.

Azahari berkata, laporan perubatan Alister menunjukkan dia mempunyai masalah mental dan sedar tindakannya dan pertuduhan terhadapnya.

Peguamnya, Francis Teron bagaimanapun kekal berpendapat Alister tidak memahami tuduhan terhadapnya.

Azahari berkata Alister mempunyai 14 hari untuk memfailkan rayuan terhadap hukuman itu. – 15 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.