KERJASAMA antara UMNO dan PAS tidak mampu untuk merampas pentadbiran dari Pakatan Harapan (PH), kata Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu, pada peringkat awal ini gabungan dua parti terbesar orang Melayu itu mampu memberi kesan terhadap PH.

Namun dalam tempoh tiga tahun akan datang gabungan UMNO dan PAS akan semakin longgar dan PH akan terus menguasai pentadbiran negara.

Mat Sabu berkata, PH akan berusaha mewujudkan lebih banyak kerusi-kerusi Melayu dalam gabungan itu bagi memastikan kerajaan yang seimbang pada masa akan datang.

“Ertinya kalau mereka terus kuat mereka akan menang banyak kerusi Pakatan Harapan memerintah Malaysia tetapi kerusi-kerusi Melayunya akan kurang.

“Oleh itu kita akan merayu kepada masyarakat, kita mahu orang Melayu banyak dalam Pakatan Harapan dan kerusi-kerusi parlimen banyak dimenangi oleh orang Melayu untuk memberi kerajaan yang seimbang kepada masa akan datang,” katanya.

Pada Sabtu, UMNO dan PAS memeterai piagam kerjasama, yang dinamakan Piagam Muafakat Nasional, di Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Piagam tersebut ditandatangi oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – 15 September 2019.

3 COMMENTS

  1. PR15 ,3 tahun lagi memanglah tak rasa tergugat, tunggu dah dekat PR15, nak tengok lena tidor malam ke tidak

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.