MCA akan bersetuju dan menghormati sebarang kerjasama antara mana-mana pihak pembangkang di Malaysia, selagi ia selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, kata Nicole Wong.

Pemuda MCA itu berkata, segala perpaduan dan himpunan mesti menghormati prinsip konsensus, nilai multikulturalisme, Perlembagaan Persekutuan dan menegakkan nilai-nilai multikulturalisme dan kesederhanaan Barisan Nasional.

Jelasnya, UMNOtelah mengadakan perbincangan mendalam dengan pemimpin-pemimpin MCA dan MIC sebelum UMNO dan PAS menandatangani piagam kerjasama politik.

“Secara kolektif, BN telah bersetuju bahawa “Himpunan Penyatuan Ummah” menjangkau semua bangsa dan kita telah mencapai persetujuan tidak melanggar semangat kesederhanaan yang dipromosikan oleh Barisan Nasional.

“Secara kolektif, kami juga telah menegakkan perpaduan dibawah ‘common ground’ tanpa memkompromi budaya masing masing,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Nicole berkata, beliau bukan sahaja mewakili MCA dan Pemuda MCA ketika menghadiri Himpunan Penyatuan Ummah semalam, tetapi juga mewakili Rakyat Malaysia yang menyokong kami pada masa kini dan juga pada masa yang akan datang.

“Frasa- frasa seperti minoriti dan juga majoriti tidak lagi penting pada masa yang akan datang.

“Angka-angka peratusan hanya akan menjauhkan perpaduan Rakyat. Segala perpaduan antara Melayu, Cina, India dan kaum kaum lain adalah untuk kepentingan segala Rakyat.

“Saya bangga kerana dapat menyaksikan perpaduan tersebut sebagai Rakyat Malaysia berkaum Cina,” katanya. – 15 September 2019.

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.