SEMUA ahli PAS dan UMNO berkeyakinan dengan gabungan ini,semua mereka tenang dan tidak memberi ulasan yang panjang.

Tidak ada pihak dari UMNO mahu pun PAS yang bertindak membangkang keputusan pimpinan kedua-dua parti tersebut

Tapi yang banyak beri ulasan negatif ini adalah Melayu yang beragama Islam penyokong PH.

Mereka pula berlebih lebih memberikan komen dan komentar.

Ramai dari kalangan mereka menyebut gabungan ini tidak akan bertahan lama dan akan hancur sebelumPRU15.

Ketika PAS dan DAP bersama pada tahun 1999 sehingga tahun 2017 ramai berpendapat hubungan itu akan hancur dan tak boleh bertahan walaupun setahun.

Hakikatnya mereka bertahan hampir 20 tahun dan berjaya mengambil 5 negeri dalam PRU12 ketika BN amat kuat dan berkuasa.

Hari ini PAS dan UMNO pula dan komen yang sama berlegar di kalangan musuh mereka.

Jika dengan DAP boleh bertahan lama, inikan sesama Islam dan sebangsa.

Semuanya bole dirundingkan keutamaan ialah ke kuasaan orang Islam dan Melayu di kembalikan semula dan di perkuatkan

Malaysiakini nampaknya antara media yang membuat berita dengan berniat jahat.

Sengaja mereka memutar belit kenyataan pemimpin UMNO dan PAS.

Mereka cuba untuk membuktikan kerjasama UMNO dan PAS boleh merosakan negara dan menghancurkan kerjasama kaum.

PAS dan UMNO perlu bersabar dan kita wajib menjelajah keseluruh negara memberitahu kepada dunia bahawa jika Melayu bersatu kukuh lah negara kerana tiang seri kepada negara Malaysia ini adalah Melayu dan Islam.

Tergugat Melayu dan islam tergugat lah tiang seri maka boleh runtuh negara kita ini jika Melayu berpecah dan bertempur sesama sendiri kerana Melayu dan Islam adalah majoriti penduduk Malaysia.

Jika hancur golongan majoriti maka hancurlah negara tersebut.

Jadi Melayu yang tidak bersetuju dengan pendamaian PAS dan UMNO adalah melayu berhati busuk sebusuk bangkai.

Sepatutnya mereka mendoakan kebahagian dan kesejahteraan Islam dan Melayu bukan mendoakan kehancuran.

Jika ada Melayu yang berlebihan menentang dan menghina hina pendamaian ini kita minta mereka kembali kepada Al Quran dan hadis Rasulullah.

Berdamai dan berbaik itu adalah sunnah dan ajaran Islam jika mengajak kepada perpecahan itu adalah kelompok kepada musuh kepada Islam dan Rasulullah.

HAMDAN TAHA,
Penganalisis politik.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.