LIM Guan Eng sebelum ini berulang kali bercakap tentang ketelusan kerajaan dalam memberi tender projek.

Katanya, tiada pemberian kontrak secara rundingan terus dan perlu melalui tender terbuka.

Tapi satu surat yang tersebar di media sosial sejak kelmarin menunjukkan Guan Eng  berbohong lagi.

Dalam surat bertarikh, 26 Julai 2019, Guan Eng bersetuju melantik sebuah syarikat kontraktor secara rundingan terus bagi melaksanakan projek bernilai RM450 juta.

Projek itu adalah pembinaan Bangunan Gunasama Persekutuan Kota Bharu di Tunjong, Kelantan dan akan dijalankan oleh syarikat PDM Builders Sdn Bhd.

Hasil carian di Google mendapati ada sebuah syarikat yang namanya sama di Batu Caves, Selayang.

Bagaimanapun tiada maklumat lain tentang syarikat itu.

Semalam, Tun Mahathir Mohamad menjawab isu surat itu dan beliau sendiri akan meneliti dakwaan tersebut.

Perdana Menteri berkata, beliau tidak pernah meluluskan projek secara rundingan terus sejak mengambil alih kerajaan.

“Saya tidak pernah meluluskan apa-apa. Saya perlu semak mengenai ini, mungkin sebab dulu dia (syarikat) dah dapat dan ia adalah sambungan.

“Kita dapati apabila Pakatan Harapan ambil alih kerajaan, kita hentikan semua kontrak. Bila hentikan kontrak masalah timbul, pekerja tidak meneruskan kerja. Sepatutnya kita hentikan atau buat rundingan semula.

“Saya tak tahu ini kes yang mana, saya perlu semak dulu,” katanya. – 16 September 2016.

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.