SUARA belia yang dahagakan perubahan sebenar sudah mula kedengaran di selatan tanah air.

Dalam Kongres Belia 2019 yang disempurnakan Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam, kira-kira 3,000 belia dari negeri itu membincangkan hala tuju dan masa depan golongan itu.

Menariknya, aksi Pengerusi Tetap MAYC, Mohd Shahbuddin Hashim, menyuarakan sokongannya terhadap usaha Tunku Ismail memartabatkan suara belia mendapat sorakan gemuruh dari kesemua hadirin.

Beliau pada awalnya menyentuh tentang kegagalan Pakatan Harapan menunaikan janji terhadap golongan belia termasuk janji menghapuskan hutang pinjaman pendidikan, memberi pendidikan percuma dan menurunkan harga minyak.

Selain itu, beliau meluahkan rasa kecewa dengan peruntukan yang tidak diberikan kepada belia oleh kerajaan baharu.

Namun katanya, atas dasar perjuangan, mereka sanggup bergerak sendiri demi meneruskan perjuangan dan menyampaikan suara belia.

Beliau juga berterima kasih kepada Tunku Ismail yang tampil membawa suara belia.

“Terima kasih kerana memberi nafas baharu kepada persatuan belia dalam negara.

“Terima kasih TMJ, terima kasih TMJ, terima kasih TMJ!” ucapnya. – 16 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.