KEKURANGAN yang terdapat pada produk Muslim adalah satu bentuk perjuangan yang perlu ditempuh bagi menaikkan ekonomi bangsa Melayu, kata Gerakan Pembela Ummah (UMMAH).

Sehubungan itu, Pengerusi UMMAH, Aminuddin Yahaya meminta supaya pengguna untuk bersabar jika kempen Utamakan Produk Islam Bumiputera (BMBF) yang digerakkan sejak 2 April lalu, mempunyai kekurangan.

“Saya akui banyak kedai-kedai yang masih tidak sempurna dari segi bilangan produknya, mungkin ada sedikit kekuranganya.

“Tapi tidak mengapa, kita bersabar sedikit, sebab perjuangan mesti ada halangan dan memang ada ada susah sedikit.

“Kalau nak senang jangan cakap itu perjuangan,” katanya.

Aminuddin berkata, perubahan untuk bangunkan ekonomi orang Melayu perlu melalui proses yang panjang.

“Ini sebab kita telah dijajah selama 460 tahun oleh Portugis, Sepanyol, British, dan Jepun.

“Nak bangun bukan ambil masa 60 tahun,tapi kita perlu bangun 400 tahun lagi untuk membentuk satu budaya dan peradaban yang tinggi seperti pada zaman kemegahan Melayu Melaka dahulu.

“Jadi, saya harap pengguna-pengguna bersabar jika ada kekurangan dan dalam masa sama saya gesa supaya peniaga-peniaga Melayu untuk ambil risiko sedikit seperti menambah pelaburan di Abata untuk menguatkan lagi aplikasi ini,” katanya.

Beliau merujuk kepada aplikasi Abata yang dilancarkan UMMAH untuk memudahkan pengguna Islam mendapatkan maklumat tentang produk Islam Bumiputera di negara ini.

Mengambil contoh aplikasi Alibaba.com yang diasaskan oleh hartawan China, Jack Ma, Haji Aminuddin berkata, seramai 100 juta pelanggan dianggarkan telah melayari aplikasi itu setiap hari dan jumlah penduduk negara China adalah seramai 1.5 bilion orang.

Katanya, aplikasi berkenaan pernah mencapai hasil jualan sebanyak AS$27 bilion sehari, dan mustahil bagi orang biasa dapat mencapai nilai sebanyak itu.

“Jadi, saya harap sangat Abata dengan kerjasama Kohilal dapat menaikkan gerak kerja untuk menampung permintaan yang begitu banyak dan impaknya sudah pun terasa, bukan sahaja di sini, saya juga difahamkan Indonesia juga sudah mula terasa impaknya untuk bersama membantu umat Islam,” katanya. – 17 September 2019.

2 COMMENTS

  1. Teruskan kempen BMF kekurangan kita atasi perlahanlahan kempen ini telah berjaya menurunkan banyak barangan ,pahit manis adalah perjuangan ianya berjaya mencari kelemahan kita kaum muslimin amnya ,BMF banyak mengajar kita erti kekuatan ummah muslim .

  2. Allah pasti akan membantu dgn syarat kita tiada berputus asa dan meneruskan niat dan usaha murni meneguhkan kekuatan jaringan perniagaan yg halalan toyibban demi Allah.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.