KERJASAMA secara rasmi antara PAS dan UMNO sudah bermula apabila Barisan Nasional (BN) membuka pintu untuk berkongsi tampuk pemerintahan di negeri yang dikuasai pembangkang.

Di Perlis contohnya, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata menyambut baik sebarang cadangan mewujudkan kerajaan campuran dengan PAS.

Namun katanya, pelaksanaan cadangan itu ia perlu diputuskan kepimpinan tertinggi kedua-dua parti.

“Kita masih lagi boleh mengajak PAS untuk menyertai kerajaan kita (negeri).

“Tak perlu pun ada Exco melepas dan meletak jawatan yang telah dipegang. Masih ada ruang untuk dua wakil daripada PAS sertai kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, cadangan itu memerlukan hala tuju yang bersifat dasar yang diputuskan di peringkat kepimpinan parti tertinggi antara UMNO dan PAS.

Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mempelawa pemimpin UMNO untuk kerajaan di Kelantan dan Terengganu selepas kedua-dua parti itu menandatangani piagam kerjasama pada Sabtu lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, BN Perlis memenangi 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 15 kerusi manakala Pakatan Harapan menang tiga kerusi dan PAS dua.

Kerusi yang dimenangi PAS ialah di kawasan Guar Sanji dan Sanglang.

Adun Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim mengumumkan keluar BN pada Jun tahun lepas selepas hilang kepercayaan pucuk kepimpinan UMNO negeri dan menyertai Bersatu menjadikan empat kerusi PH. – 17 September 2019.

1 COMMENT

  1. Elok lah tu kalau Ismail Lasim keluar. Sebab jiwa dia tidak boleh berkerjasama dengan pas. Kalau jadi duri dalam daging lagi bahaya kan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.