LIM Kit Siang, selaku ketua ultra kiasu patut menjadi orang pertama ditendang keluar dari Malaysia kerana tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang diperoleh di negara ini, kata Profesor Dr Ridhuan Tee Abdullah.

Pendakwah bebas itu mempersoalkan pemimpin DAP itu sama ada haknya diusik sepanjang lebih 60 tahun UMNO mengetuai kerajaan dan PAS mengetuai kerajaan beberapa negeri.

Jelasnya, sebagai pendatang, Kit Siang diingatkan agar tidak bersikap kurang ajar kerana melabel orang Melayu sebagai terlebih Melayu dan terlebih Islam.

Tambahnya, tidak salah untuk orang Melayu menjadi terlebih Melayu dan Islam kerana ia sudah termaktub dalam Perlembagaan selain negara asal usul mereka juga adalah Tanah Melayu.

“Kamu sahaja ultra kiasu, jangan terlebih kurang ajar. Selama UMNO mengetuai kerajaan lebih 60 tahun dan PAS mengetuai kerajaan beberapa negeri, pernahkah hak kamu dijentik dengan label terlebih UMNO Melayu dan terlebih Islam yang kamu berikan?

“Dengan label terlebih Melayu dan terlebih Islam itulah kamu dapat lebih daripada apa yang diperolehi pribumi itu sendiri.

“Nampaknya kamu tidak pernah bersyukur dan sewajarnya kamu terlebih dahulu selaku ketua ultra kiasu ditendang keluar dari bumi bertuah ini,” katanya menurut sebuah portal.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Kit Siang mengingatkan pakatan kerajaan supaya tidak cuba menjadi ‘lebih Melayu daripada UMNO dan lebih Islam daripada PAS’ bagi menghadapi kerjasama rasmi dua parti terbesar orang Melayu itu yang ditandatangani kelmarin.

Kit Siang dilaporkan berkata, PH akan ‘gagal dan gagal’ sekiranya ia cuba berbuat demikian kerana taktik itu akan meminggirkan 5.5 juta penyokong daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama yang mengundinya dalam pilihan raya umum tahun lepas.

Sabtu lalu, Piagam Muafakat Nasional yang dimeterai UMNO dan PAS antara lain bersetuju membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif Islam dan Melayu tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum serta kesejahteraan negara.

Piagam itu ditandatangani oleh kedua-dua presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi UMNO dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS) pada satu majlis bersempena Himpunan Penyatuan Ummah (HPU914) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). – 17 September 2019.

9 COMMENTS

  1. Kalau nak kasi dia sedar diri , tukar kan je *Negera Malaysia* ke nama * Negara Melayu*.
    Biar dia sedar dia berpijak di Tanah Melayu…!!!!

    Kalau India ada Negara India nya,
    Kalau Cina ada Negara China nya,
    Mana Negara Melayu nya….!!!???
    Tak de apa yg janggal nya.

    Biar semua etnik sedar dimana salah dan dosanya Melayu jadi lebih Melayu, Islam menjadi lebih Islam.

  2. Dah memang asal komunis. Hati tetap jahat dengan orang melayu. Datang dari China. Kalau duduk China belum tentu dia senang macam sekarang. Pakai basikal rumah pun balik bukit. Betul apa Reduan tu cakap.

  3. Saya mahu pas dan UMNO tegas ,ta usah kasi muka kt deorang ni mcam ta tau sejarah,kalau saya jadi Presiden kasi dia keluar lucut kerakyatan,ta kira bangsa sendiri Klau ta suka tanah Melayu merambus orang mcam ni ta layak duduk sini pengkhianat negara.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.