CADANGAN supaya hartanah kepada pembeli luar di bawah Skim Malaysia My Second Home (MM2H) adalah usaha kerajaan untuk mengatasi lambakan rumah mewah tidak terjual dalam pasaran kerana di luar kemampuan rakyat, kata Dr Dorayah Alwi.

Disebabkan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa dari PKR itu menyokong cadangan daripada Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamarudin.

Dorayah juga menasihatkan pihak yang cuba menimbulkan kerisauan berhubung cadangan itu supaya membuat kajian tentang manfaat skim itu terlebih dahulu.

“Lambakan projek gajah putih tinggalan kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mencalarkan imej dan merencatkan ekonomi negara.

“Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) merekodkan lambakan rumah mewah di Malaysia dianggarkan bernilai RM100 bilion yang setiap satunya berharga RM1 juta dan ke atas,” katanya dalam satu kenyataan.

Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, cadangan KPKT bakal membuka ruang dan peluang dalam merancakkan lagi aktiviti ekonomi dan pelancongan serta aliran tunai masuk ke dalam negara.

“Skim ini dilindungi syarat ketat yang dikawal selia oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pelancongan. Ia juga bakal menyelesaikan masalah sosial yang timbul di kebanyakan kediaman kosong tidak berpenghuni,” katanya.

Beliau berkata, perkembangan MM2H yang diperkenalkan sejak 2002 bergerak perlahan dan baru mencapai tiga peratus iaitu jauh ketinggalan berbanding negara lain.

Sebuah portal sebelum ini melaporkan Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) bimbang cadangan untuk menarik pembeli dari China bagi menyelesaikan isu lambakan rumah tidak terjual itu bakal memberikan kesan tidak baik.

Langkah kerajaan itu dikhuatiri akan menggalakkan pemaju membina lebih banyak hartanah mewah pada masa akan datang dan mengabaikan peranan menyediakan kediaman pada harga berpatutan kepada rakyat.
– 18 September 2019.

2 COMMENTS

  1. Memang btul lah sesetengah pandangan segelintir r’yat m’sia kerajaan sekarang adalah kerajaan sepenggal sahaja…kepada mentri PKR menjual rumah kpd warga asing sama spt pengkhianat negara…jangan membuat alasan banyak rumah x terjual…banyak lagi r’yat tempatan x punyai rumah termasuk sy…sepatutnya menteri pergi brbincang dgn pehak bank2 tempatan bagai mana deposit dan bayaran bulanan terlalu tinggi yg diminta olih pehak bank yg cukup membebankan trutama pekerja swasta dan kakitangan kerajaan yg telah berpencen dan masih belum punyai rumah…juga syarat2 pinjaman perumahan tidak mesra rakyat…

  2. Mahatir kta jual aset MAS, Azmin jual bontot Zuraidah pun kta jual puki mak dia..habis pe yg tingal lgi.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.