ANAK kepada wanita rakyat Malaysia yang lahir diluar negara bakal memiliki status warganegara jika Pakatan Harapan berjaya meminda Perlembagaan.

Timbalan Menteri dari DAP, Hannah Yeoh berkata, ketika ini hanya bapa warganegara Malaysia yang dibenarkan memperoleh kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara secara automatik sementara ibu perlu membuat permohonan bagi tujuan itu.

Sehubungan itu, kerajaan sedang mengkaji untuk meminda Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan ibu warganegara Malaysia mendapatkan status kewarganegaraan bagi anak mereka yang dilahirkan di luar negara secara automatik.

Yeoh berkata, lelaki dan wanita Malaysia harus mendapat layanan sama.

Atas alasan itu, pihaknya menulis kepada Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar untuk minta pindaan dibuat kerana banyak keluarga terjejas dengan undang-undang ini.

“Kita telah bermesyuarat sejak April tahun ini di mana tiga kementerian ini berbincang dan setakat ini maklum balas daripada kementerian terlibat adalah positif,” katanya.

Menurut Yeoh, isu membabitkan kewarganegaraan ini memberi tekanan, trauma dan menimbulkan masalah kepada keluarga dalam menguruskan anak mereka termasuk hal-hal kesihatan mahupun pendidikan.

Justeru beliau berharap usaha meminda Perkara 14 itu mendapat sokongan pelbagai pihak bagi memberi peluang yang lebih adil kepada keluarga dan kanak-kanak di negara ini.

“Kita sedang dapatkan statistik daripada Jabatan Pendaftaran Negara berapa permohonan di bawah kategori ini dan menerusi kempen ini saya percaya kepantasan (untuk meminda) akan bertambah dan kami berharap lebih ramai penggubal undang-undang akan dapat bercakap mengenai perkara ini.

“Malah perkara ini ada dalam Manifesto Pakatan Harapan untuk melihat semula undang-undang yang mendiskriminasikan wanita,” tambah beliau. – 18 September 2019.

4 COMMENTS

  1. Halo hannah yeow tubuh RCI dulu siasat penjualan my card baru cakap soal lain issu penjualan my card amat serius , ada orang tunggu dah 16 tahun masih belum dapat warganegara .

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.