Pembayaran zakat fitrah bagi tahun 1440H/2019M di Perak ditetapkan pada tiga pilihan harga iaitu RM7, RM14, RM21.

KEBIASAANNYA nilai ringgit akan naik apabila harga minyak mentah dunia naik, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Namun katanya hal itu tidak berlaku pada nilai mata wang Malaysia walaupun harga minyak dunia melonjak naik semalam dengan kadar paling tinggi sejak hampir 30 tahun dahulu.

Harga minyak itu meningkat susulan serangan terhadap kemudahan minyak di Arab Saudi yang menyaksikan hampir separuh dari pengeluaran minyak negara itu atau bersamaan dengan 5% pengeluaran minyak dunia dihentikan.

Najib berkata, ramai pihak meramalkan ringgit akan naik seperti yang sering berlaku sebelum PRU14 akibat kenaikan harga minyak dunia.

Malangnya ianya tidak berlaku hari ini, kata Ahli Parlimen Pekan itu.

“Walaupun harga minyak dunia melonjak begitu tinggi, nilai Ringgit dibuka rendah pagi ini dan ditutup lagi rendah.

“Adakah keyakinan pelabur terhadap Malaysia begitu teruk sekali sehingga nilai ringgit terus menurun walaupun harga dunia melonjak naik paling tinggi sejak hampir 30 tahun dahulu?

“Kalau harga minyak dunia tinggi, ringgit tetap menurun.

“Jika harga minyak jatuh ke bawah US$30 satu tong lagi, bagaimana pula?” soalnya. – 18 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.