MEMBACA satu kenyataan Menteri Pertahanan “Elephant fight Elephant” Mat Sabu di OnlineTabloid AstroAwani mengesahkan bahawa Pemimpin Kerajaan PH hari ini termasuk Tun Mahathir mengetahui dan sedar bahawa Melayu tidak mendapat tempat dalam kerajaan hari ini.

Bukan sahaja nasib melayu yang terabai malah dari segi kepimpinan juga (Melayu) tersisih dalam Kerajaan DAP-PH.

Ini bukan satu tulisan untuk spin atau butar-belit kenyataan tetapi berkali-kali AMBO membaca kenyataan Mat Sabu ini untuk memahami apa yang beliau mahu sampaikan. Apa yang AMBO faham ialah:

Pertamanya, Mat Sabu cuba mengingatkan Kerajaan PH bahawa mereka harus berusaha untuk meyakinkan rakyat untuk DAP-PH mengetengahkan lebih ramai kepimpinan dari kalangan Melayu (kerusi-kerusi Melayu) agar PH menjadi kerajaan yang mengimbangi dan tidak menyisihkan kaum Melayu dalam memenangi hati orang Melayu.

Keduanya, Mat Sabu mengakui bahawa kerajaan DAP-PH hari ini tidak seimbang dalam soal kedudukan kepimpinan Melayu.Ini diakui dalam satu perenggan bila Mat Sabu menggunakan ayat ‘masa akan datang’.

Dengan kata lain Mat Sabu dan Kerajaan DAP-PH mengakui bahawa kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Tun Mahathir hari ini berpaksikan kaum bukan Melayu iaitu Bangsa DAP.

Mohamad yang juga Menteri Pertahanan dalam laporan itu menjelaskan, PH akan berusaha mewujudkan lebih banyak kerusi-kerusi Melayu dalam gabungan itu bagi memastikan kerajaan yang seimbang pada masa akan datang.

“Ertinya kalau mereka terus kuat mereka akan menang banyak kerusi Pakatan Harapan memerintah Malaysia tetapi kerusi-kerusi Melayunya akan kurang.

“Oleh itu kita akan merayu kepada masyarakat, kita mahu orang Melayu banyak dalam Pakatan Harapan dan kerusi-kerusi parlimen banyak dimenangi oleh orang Melayu untuk memberi kerajaan yang seimbang kepada masa akan datang,” katanya kepada Astro AWANI dalam satu temubual khas baru-baru ini.

Jelas dalam kenyataan Mat Sabu yang mengakui dalam sedar atau tidak bahawa kerajaan mereka berdepan masalah untuk meyakinkan rakyat Islam Melayu kerana kepimpinan mereka dikuasai oleh Bangsa DAP.

Mereka merancang untuk memperbanyakkan kerusi-kerusi Melayu dalam PRU15 nanti untuk kononnya mengimbangi kuasa DAP.

Mereka juga sedar bahawa rakyat Melayu tidak menyokong mereka kerana Melayu yang ada dalam PH seperti Mat Sabu dan Mujahid hanya boneka dan alat kepada DAP.

Perancangan untuk memperbanyakkan kerusi Melayu samaada dari kalangan DAP atau AMANAH bukan baru dirancang.

Mereka telah merancang lebih awal dan jika kita perasan kenapa akhir-akhir ini banyak muka-muka (barua) Melayu yang mengistiharkan menyokong dan menyertai DAP termasuk bekas Ketua Pemuda UMNO Gua Musang sebagai contoh dan banyak lagi.

Pada satu sudut kita hanya melihat Melayu yang menyertai DAP hanya untuk projek atau survival mencari makan mereka tetapi ianya berlaku hasil dari strategi DAP untuk mengumpul seberapa ramai bekas-bekas pemimpin UMNO atau mana-mana parti lain untuk menyertai mereka kerana percayalah bahawa pada PRU15 nanti teramat ramai calon-calon mewakili DAP dari kalangan Melayu Islam.

Mereka sanggup hanya menjadi perancang barisan belakang untuk meletakkan muka-muka Melayu barua sebagai “badut” yang mereka boleh kawal dan arah demi mengaburi mata pengundi Melayu.

Ketika itu juga mereka akan mempromosikan DAP sebagai parti pelbagai kaum walau kita tahu DAP ini parti hanya untuk warga dan anak cucu komunis.

Dalam kamus pengkhianatan kepada perjuangan agama dan bangsa seperti Si Kitol zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Mat Indera pada era komunis merupakan peringatan berzaman kepada kita yang masih releven.

Muka-muka Melayu yang mengkhianati Islam dan Melayu hari ini juga wujud.

Lihat sahaja apabila pemimpin DAP disentuh atau diserang maka tanpa berdiam diri keluarlah watak-watak Mat Indera dan Si Kitol mempertahankan Bangsa DAP ini.

Bukan sekali tapi kita boleh lihat watak-watak petualang ini hari ini.

Ini permainan DAP berdepan Penyatuan Ummah yang menjadi mimpi ngeri buat mereka.

Ianya dinyatakan dari mulut Mat Sabu sendiri.Mereka mengakui harus memenangi kembali kepercayaan Islam Melayu.

Mereka sedar bahawa Islam Melayu makin marah dan benci dengan “SEPET” dan “Bangsa DAP”.

Mereka sedar bahawa mereka hari ini berada dalam masalah kepercayaan dan sokongan Islam Melayu.

Mereka bermimpi akan jalan neraka menanti mereka dari termeterainya Penyatuan Melayu Islam.

Maka Mat Sabu harus bercakap. Tetapi Allah Maha Sempurna dan Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.

Siapa sangka untuk Mat Sabu mengakui bahawa Kerajaan DAP-PH hari ini merupakan kerajaan berat sebelah.

Siapa sangka untuk Mat Sabu mengakui bahawa kuasa Melayu tidak seimbang dalam Kerajaan DAP-PH?

Jika AMBO kata, pasti ia dilihat sebagai politik dan serangan perkauman tetapi apabila ianya diakui oleh “Makhluk Belaan” DAP seperi Mat Sabu sendiri maka ianya jelas tanpa boleh disangkal lagi.

Fikirkan sahabat-sahabat. Jangan kita benarkan ada Melayu yang menjadi Si Kitol.

Jangan kita benarkan lagi wujud watak “Mat Indera” pada zaman kini.

Cukup dengan kita ketahui bahawa DAP itu sendiri merupakan musuh agama dan bangsa kita.

Cukup untuk kita yakinkan hati kita seistiqamah mungkin bahawa memerangi Bangsa DAP ini merupakan salah satu jihat yang menjadi jariah yang berpanjangan kepada kita yang membuahkan pahala syahid. Insya-Allah. – 18 September 2019.

WAN KHAIRUL IHSAN WAN MUHAMMAD,
Penganalisis politik dan penulis Bicara AMBO.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

1 COMMENT

  1. Bukan tak seimbang. seperti naik kapal musim gelora dilautan itu yang benarnya. dalam kapal nak buat sambal belacan pon tak boleh

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.