POLIS wajar menyiasat menyiasat penganjuran sebuah yang dipercayai mempunyai agenda kristianisasi dalam politik Malaysia, gesa Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ini kerana Timbalan Presiden PAS itu berkata, DAP dilihat begitu rancak mempromosi ‘The Kingdom of God’ dan ‘The Jesus Manifesto’ seperti yang diungkapkan oleh pemimpin DAP, Steven Sim Chee Keong baru-baru ini.

Steven merupakan (Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam yang hadir forum Naratif Malaysia Baharu yang diadakan di Kota Damansara, 14 September lalu.

“Adakah agenda kristianisasi dalam politik Malaysia satu tindakan yang wajar?

“PAS menggesa pihak polis menyiasat penganjuran dan kandungan forum tersebut bagi mengelakkan kecelaruan dalam kalangan rakyat,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Tuan Ibrahim mengingatkan DAP dan Pakatan Harapan supaya tidak mempamerkan dakyah ‘bogeyman’ dengan melabelkan penyatuan ummah antara PAS dan UMNO sebagai klepto-teokrasi, talibanisme, rasisme dan ekstremisme.

Jelasnya, penyatuan Melayu dengan acuan Islam tidak sesekali mengabaikan kaum lain untuk menganut agama pilihan mereka, menuturkan bahasa ibunda mereka dan menafikan hak ekonomi mereka.

“Perkara ini jelas dijamin dalam peruntukan Perlembagaan dan tidak berubah. Penyatuan Melayu sebagai kaum majoriti mesti diposisikan dengan baik.

“Hal ini bukan hanya untuk kepentingan politik pilihan raya, tetapi untuk kesejahteraan kedaulatan negara,” katanya. – 18 September 2019.

1 COMMENT

  1. Nampaknya dalam kerajaan DAP-PH ini, timbalan menteri dari DAP lebih berkuasa dari menteri-menteri PPBM, PAN dan PKR… Macam lembu kena cucuk hidung gamaknya!!!!!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.