PADA 15 September lalu, Menteri DAP, Gobind Singh Deo dari Kementerian Komunikasi Multimedia (KKMM) mengumumkan penubuhan 1,430 buah Komuniti Harapan Malaysia (KHM) di seluruh negara.

Gobind berkata tujuan penubuhan KHM bagi menyampaikan maklumat daripada kerajaan kepada rakyat dan 184 buah pusat Harapan itu sudah ditubuhkan di Sarawak.

Gobind juga yakin KHM dapat memikul tanggungjawab dan penghayatan orang awam terhadap dasar-dasar kerajaan di samping memperkasakan jaringan komunikasi.

Penubuhan KHM itu mengundang persoalan daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tentang keperluan unit media baharu itu.

Menurut Najib, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sudah mempunyai agensi berita nasional, BERNAMA, saluran media arus perdana dan unit komunikasi parti masing-masing untuk menyalurkan berita, mereka tak puas hati.

Najib juga membangkitkan tentang kos yang perlu mungkin ditanggung kerajaan dengan menggunakan duit rakyat bagi meneruskan operasi KHM itu.

“Kalau setiap 1,430 pusat harapan ini ada 30 ahli, maka jumlah ahli baru adalah hampir 43,000 orang.

“Kalau elaun sebulan setiap ahli adalah RM1,000 sebulan maka jumlah kos bulanan adalah RM43 juta sebulan atau RM516 juta setahun.

“Jika elaun adalah RM2,000 seorang sebulan, kos dah cecah RM1 bilion setiap tahun untuk elaun sahaja.

“Belum masuk lagi kos latihan, kos henfon, kos pakej mobile data dan kos komputer.

“Sudah tentu bilangan besar dari keahlian di pusat-pusat ini adalah dari kalangan penyokong parti-parti PH.

“Maka media sosial akan menjadi lebih meriah lagi dengan komen-komen dari 1,430 buah unit Komuniti Harapan ini,” sindir Najib. – 18 September 2019.

2 COMMENTS

  1. Pelan lama pelan merepet ,perabih duit rakyat inflasi pelan naik cubalah berjimat ,memang benar bagai dikata PH kerajaan sesenduk taik ,

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.