APABILA BRIM diperkenalkan, ianya di kala minyak naik mendadak, dan ramai rakyat hilang pekerjaan.

Ketika itu, pengangguran juga tinggi dan rakyat sukar untuk mendapat gaji yang setimpal.

Syarikat juga mengalami keuntungan yang kurang sehinggakan tidak dapat menampung kenaikan gaji tahunan.

Apabila subsidi tol dan banyak barangan dikurangkan, harga barang naik dan minyak juga naik, ketika itu, PH bukan jadi kerajaan, pemimpin PH menyebar fitnah undi BN barang naik, tapi, yang sebenarnya adalah, subsidi ini disalurkan semula kepada rakyat melalui BRIM, kepada golongan sasar yang mempunyai pendapatan rendah termasuk nelayan dan petani.

Sekarang Tun nak hapuskan BRIM, pada masa yang sama, subsidi yang diberikan kepada minyak, petani, nelayan dan lain-lain tidak ditambah, maka, mereka yang berpendapatan rendah akan menerima impak yang begitu mendalam sekira BRIM di hapuskan.

Berbuih mulut kita bentangkan fakta kepada Tun dan rakan-rakan PH, namun apa yang Tun lihat adalah rakyat disuap, rakyat dirasuah dengan BRIM.

Saya berdoa agar Tun dibukakan hati untuk memahami kenapa subsidi ini perlu dipulangkan semula kepada rakyat yang memerlukan dan ianya bukan seperti yang Tun fikirkan.

Rakyat B40 bukan mahu hidup mereka sebegini, menjadi seorang yang miskin bukan kehendak mereka.

Kerajaan patut mencari penyelesaian dari isu kemiskinan ini daripada menghina golongan ini, bukan semua mereka ini malas.

Tun, sudahkah kerajaan selesaikan masaalah pengangguran?

Sudahkah kerajaan selesaikan masalah gaji minima?

Kadar kemiskinan kita paling teruk seperti kata Philip Alston dari PBB.

Ini perkara asas yang perlu diselesaikan dahulu sebelum PH mahu hapuskan BRIM!

Tun, sebanyak 63 negara memgamalkan skim yang serupa dengan BRIM.

Jangan semata-mata pemahaman yang salah, dan dendam kesumat kepada Kerajaan terdahulu, Tun dan rakan-rakan PH bersuka-suka menzalimi rakyat dibawah.

Rakyat perlu mendapat pembelaan dan rakyat miskin harus dibela sebaik mungkin.

Saya merayu bagi pihak rakyat, jangan dihapuskan BRIM sebelum isu kemiskinan diselesaikan, sebelum isu penganguran diselesaikan dan sebelum isu kos sara hidup yang tinggi dikurangkan.

Tolong rakyat Tun, bukan zalimi mereka. – 18 September 2019.

DATUK RAZLAN RAFII,
Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

2 COMMENTS

  1. BRIM jgn d hapus. Itu bukn rasuah. Hnya tlg rakyat yg miskin dn memerlukan. Jgn slh anggpan. Rakyat tak smua malas. Dlm 10 org, mungkin hnya 1 org yg mls. Trimksh.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.