Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

BERIKUT adalah transkrip temu bual Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad bersama radio BFM.

Transkrip ini diterjemahkan dan dipetik dari Facebook pemerhati politik, Khairul Azri.

SOALAN:

Tun, mari kita mulakan dengan keluhan dunia korporat mengenai matawang kita dan pasaran saham kita yang keduanya mempamerkan tanda-tanda besar kemerosotan, apakah yang kerajaan PH sedang lakukan mengenainya?

Tun:

Apa yang PH boleh lakukan telah dibelenggu dengan apa yang kami telah warisi daripada kerajaan sebelum ini. Dan apa yang kami warisi adalah hutang yang sangat besar dan juga beban untuk memperbetulkan semula jentera pentadbiran kerajaan.

Kami perlu selesaikan masalah ini dahulu, ya benar kami boleh adakan polisi atau sasaran, visi dsbnya untuk dicapai oleh kami, namun ianya terhalang dengan kekurangan dana dan juga kesukaran untuk memperolehi kerjasama jentera kerajaan untuk berfungsi dengan baik semula. Jadi objektif kami adalah untuk pulih.

Pulih semula daripada kesan pinjaman besar yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini dan tidak memacu negara ini mengikut lunas undang-undang (Rule of Law). Itu kita kena atasi dulu, lepas itu JIKA kita berjaya pulih, maka barulah kita boleh ada visi yang sewajarnya dan apa yang kita nak buat untuk negara.

Soalan:

Tun, anda menggunakan perkataan JIKA (IF), yang mungkin anda sebenarnya ingin guna perkataan BILA (WHEN). Kementerian Kewangan selalu bercakap mengenai hutang berjumlah RM1 Trillion dan pasaran kini tertanya-tanya bagaimana Malaysia akan keluar dari belenggu hutang RM1 Trillion ini?

Tun:

Pertamanya kami sedang berusaha untuk mendapatkan semula wang yang hilang, sebahagiannya telah dirampas oleh kerajaan Singapura dan US, kami menjangkakan kami akan dapat semula wang berkenaan kerana kita mempunyai hak terhadap wang tersebut dan juga boleh membuktikan kita mempunyai hak terhadap wang tersebut. Kerana wang berkenaan datangnya daripada Malaysia, lebih tepat lagi 1MDB.

Keduanya, sudah pastinya kita perlu melihat untuk mengumpulkan dana melalui penjualan aset, yang mana sebahagian aset kerajaan yang mana kita boleh jual dan dapatkan wang. Lebih dari itu, sudah tentunya mengunakan wang hasil kerajaan untuk membayar hutang dan juga servis pinjaman tersebut.

Soalan:

Penjualan aset yang paling terdekat yang dilihat dapat menggerakkan pengurangan hutang 1 Trillion itu yang mana satu agaknya?

Tun:

ECRL sebagai contoh, kontrak ECRL sebelum ini adalah pada nilai 55-60Billion, jadi kami tak boleh teruskan dengan kos begitu, malah kami berhasrat pada mulanya untuk membatalkan terus projek ini jika kami boleh.

Tapi jika kami hentikan projek ini, kami kena membayar gantirugi dan gantirugi ini adalah sangat besar kerana kerajaan sebelum ini telah commit kepada sebuah perjanjian yang meletakkan kami dalam kedudukan yang sangat sukar, Jadi kami terpaksa berbincang semula dan melaluinya kami telah mengurangkan skop dan berjaya mengurangkan kos sebanyak lebih kurang RM20 Billion.

Yang mana (RM20 Bilion) adalah satu jumlah yang agak besar, walaupun sangat kecil jika dibandingkan dengan RM1Trillion yang telah dipinjam itu.

Soalan:
Pengurangan kos ECRL adalah RM20 macam yang Tun katakan, tapi penjualan aset lain yang mana yang dapat menggerakkan pengurangan hutang RM1 Trillion itu?

Tun:

Kami telah menangguhkan pelaksanaan HSR selama 2 tahun yang akan mengurangkan tekanan kepada sumber kewangan kerajaan, kami juga telah membatalkan beberapa projek yang mana kami dapati tidak diperlukan buat masa sekarang.

Soalan:
Jadi penjualan aset yang Tun bayangkan adalah melibatkan aset sediaada yang dipegang dibahah kerangka GLC yang secara tak langsung merupakan aset negara dan dilihat sebelum ini sebagai sebahagian daripada kepentingan negara Malaysia?

Tun:

Mengenai penjualan aset, kami mempunyai jangkaan bahawa aset itu tidak diperlukan oleh kerajaan sekarang dan jika ada yang menawarkan untuk membelinya dengan harga yang baik maka kami akan jual aset tersebut, dan biasanya amaunnya tidak besar manapun, namun amaun terkumpulnya akan jadi besar.

Soalan:

Adakah penjualan ini akan melibatkan hartanah seperti di Wilayah Iskandar di Selatan Johor sebagai contoh?ataupun pengambilan semula pulau-pulau di Penang? Boleh kongsikan sedikit detail Tun?

Tun:

Saya tak rasa begitu, kerana hartanah di Johor telah dijual dan wangnya telah dibayar, bukan kepada kami(kerajaan) tetapi telah dibayar kepada ‘orang yang menjual’ tanah berkenaan. Jadi ianya bukan yang kami sedang lihat untuk dijual. Ada komitmen-komitmen tertentu yang perlu dipenuhi oleh tuan punya tanah berkenaan. Walaubagaimanapun, kami ada beberapa aset sebagai contoh bangunan, hartanah, tanah yang kami tidak mahu gunakan dan jika ada projek yang perlukan tanah, maka kami akan jual dan boleh kumpul dana daripadanya.

Soalan:

Boleh tak bagi sedikit maklumat terperinci mengenainya Tun?

Tun:

Well buat masa sekarang ini, saya tidak boleh mendedahkan sebab kami dalam proses berbincang dan kami sedang mendapatkan harga yang baik untuk aset kami. Kami ada hartanah di Hongkong, Singapura dan negara-negara lain.

Soalan:

OK, jadi bukan aset di dalam negara Malaysia?

Tun:
Ya, tidak hanya di negara Malaysia. (tak jawab soalan). – 18 September 2019.

1 COMMENT

  1. Pusing celah mana pon tetap kerajaan lama di salahkan.. Kera jaan baru x pernah salah… Ini la ciri2 kera jaan spenggal.. Asyik salahlan orang lain

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.