NAMPAKNYA isu peralihan kuasa Perdana Menteri antara Tun Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali hangat.

Kali ini, Anwar sendiri tampil dengan keyakinan yang lebih tinggi dengan menjangkakan beliau akan menggantikan Tun Mahathir pada tahun depan.

Dalam sebuah temu ramah bersama Bloomberg TV, Presiden PKR itu berkata, peralihan kuasa itu dijangka berlangsung pada tahun hadapan.

“Ada kefahaman (yang dibentuk) yang ia patut berlaku di sekitar waktu itu (2020) tetapi saya tak fikir saya perlu terlalu ambil kisah bulan yang tepat,” katanya.

Kenyataan Anwar itu seolah-olah memberi mesej kepada Tun Mahathir bahawa Pengerusi BERSATU itu perlu menyerahkan kuasa kepadanya tahun depan.

Isu peralihan kuasa Perdana Menteri sering mendapat perhatian walaupun Tun Mahathir berulang kali menyebut akan menunaikan janjinya untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar apabila tiba waktunya kelak.

Semalam, Anwar menerima sokongan daripada Pertubuhan Bumis Bersatu Sabah (USBO) yang diterajui bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Dua pemimpin itu menyatakan sokongan terhadap kepemimpinan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri ketika Ahli Parlimen Port Dickson itu menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan Sabah di Kota Belud, Sabah.

Sebelum ini, Tun Mahathir tidak menyatakan secara spesifik akan menyerahkan tugas Perdana Menteri kepada Anwar, sebaliknya terus berteka-teki.

Hal ini menyebabkan kem yang menyokong Anwar mula mendesak Tun Mahathir termasuk dari Otai Reformasi.

Sementara itu, ketika mengulas tentang ‘saingannya’ untuk merebut jawatan Perdana Menteri – Menteri Hal Ehwal Ekonimi, Datuk Seri Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir – Anwar berkata, tiada tanda-tanda bahawa ada calon atau parti lain yang melobi untuk jawatan tersebut.

“Ini tidak menghalang sesiapa untuk memasang cita-cita. Dan ini pada saya agak tidak relevan.

“Sama ada ia telah dibincangkan, sama ada mereka diberi mandat, jawapannya adalah tidak,” katanya. – 19 September 2019.

3 COMMENTS

  1. Udah tiba masanya Tun M serah shjla jwatn PM tu,kpd dsai,memang layaklah belau menerajui negara M’sia ini,lagi pun belau juga memang sesuai pun,berpaksikan pengalamn2nya yg tak dpt di nafikan oleh sesiapa pun,&kemungkinan@kebarangkalian besar warga M’sia rata2 tergaga2 melopo mentaliti mereka utk melihat perancangn Dto’sri Anuar akan lakukan utk mentadbir M’sia ini,tak gitu,bgi can muka baru mengurustadbir negara ini dgn sgala kebijaksanaannya pula,perlu di fahami bhwa trend seseorg PM tak sama ddlm mengurus tadbir M’sia,rakyat mau lihat skrg…..slmt maju jaya dto’sri Anwsr,,.

  2. Betul tu.yakin saleh.dsai tidak rasuah dan bersih sebagai org Islam tak makan yg haram.sbb makan rasuah tu lebih hina dari memakan babi.babi boleh makan kalau dah tak ade makanan(darurat) tapi rasuah lebih dahsyat seumpama memakan anggota tubuh saudara sendiri.kita beri sokongan kpd nya sbb dari pengalaman nya yg biasa susah dan teraniayalah..dia mempunyai kesedaran tanggungjawab yg tinggi dan berhemah seperti mana dahulu sbg TPM dan berpengalaman dalam urusan ekonomi kewangan negara.sudah tentu dgn sekarang ini dia sudah siap dan bersedia UTK tugasan ini.kita sbg umat dan seluruh rakyat harus lah menyokong dan mmbri laluan segera diatas perjanjian yg dibuat oleh pemimpin2 dan tidak lah ada hendaknya unsur2 kianat dan lari dari janji.segerakan dan raikanlah demi kebaikan dan perubahan dan semoga bertambah maju.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.