Kisah pàgi ni di Paya Jaras Hilir..selepas 2 sesi Kerajaan Selangor memerintah tanpa isu roboh rumah... Persoalan Di mana janji YB Paya Jaras untuk pembinaan rumah selangorku? Di mana sikap bertolak ansur Kerajaan Negeri? Di manakah keadilan? Adakah ini petanda Kerajaan PH hanya sepenggal? Fikirkan..

Posted by Pemuda Sungai Buloh on Tuesday, 17 September 2019

SEBANYAK 32 keluarga Melayu kehilangan tempat tinggal apabila rumah mereka dirobohkan untuk projek pembesaran jalan di Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor.

Walaupun rundingan cuba dilakukan untuk menangguhkan proses perobohan itu, tetapi pegawai penguatkuasa tetap berkeras menjalankan tugas mereka atas arahan pihak atasan.

Menerusi salah satu rakaman yang disiarkan di Facebook Pemuda Sungai Buloh, dua ahli PAS cuba berunding dengan seorang pegawai majlis perbandaran agar menangguhkan perobohan itu.

Kedua-dua ahli PAS itu meminta budi bicara pihak berkuasa memandangkan masih terdapat perabot dan barangan milik penduduk dalam rumah yang hendak dirobohkan.

Menurut mereka, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras sudah mengeluarkan surat dan janji untuk memberikan rumah ganti kepada kesemua penduduk yang terlibat.

Bagaimanapun difahamkan rumah ganti itu tidak diberikan kepada penduduk.

Namun pegawai itu membalas bahawa mereka mendapat arahan pihak atas dan tetap akan meneruskan tugas merobohkan 32 unit rumah tersebut.

Ahli PAS tersebut berkata bahawa tanah tersebu merupakan milik penduduk dan hak mereka.

Mereka juga berkata, Ahli Parlimen Sungai Buloh R. Sivarasa sudah bersetuju memberi masa sehingga bulan November untuk berpindah tetapi lain pula yang berlaku.

“Saya cakap sebagai Islam kepada Islam.

“Kalau India, saya rasa tak roboh. Saya faham dan bukan nak salahkan tuan. Saya juga minta penduduk hormat (keputusan kerajaan).

“Tapi saya nampak dalam isu ini, penduduk setuju dengan tawaran YB (ADUN Paya Jaras untuk bagi rumah ganti).

“Walaupun pejabat YB tidak keluarkan surat rasmi, tetapi ini adalah penganiayaan terhadap penduduk,” kata salah seorang ahli PAS itu.

Bagaimanapun pegawai itu bertegas untuk robohkan rumah tersebut.

“Saya dapat perintah dan saya akan teruskan,” kata pegawai majlis perbandaran itu.

Setakat perkembangan sehingga awal pagi ini, kesemua mangsa perobohan rumah itu tinggal sementara di bawah khemah yang didirikan oleh Unit Amal PAS.

Antara yang tinggal di khemah itu termasuk orang tua, kanak-kanak dan wanita.

Pejabat ADUN Paya Jaras setakat ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut. – NTHQiBord, 19 September 2019.

4 COMMENTS

  1. Inilah yg dinamakan demokrasi… Kalau membabit kan melayu memang tindakan drastik di ambil.. Jikalau bangsa cina atau india… Siap merusuh tidak akan di ambil tindakan… Menteri melayu dlm kera jaan takut untuk bersuara mewakili bangsa sendiri…

  2. Kes dah duduki bertahun cara haram..
    bagi notis bertahun2 x pindah2..
    Ganti rumah pun x nk accept alasan dah lama duduk..
    Nak harapkan kluar geran..
    Nak pampasan beratus ribu.. 5 tahun dah bgi notis siap offer rumah.. Orang lain area situ accept je rumah lain…
    Bila dah bgi peluang pun x nak..
    Dah kena kata itu ini..

    • DI MANA NILAI KEMANUSIAAN….
      SABAR ITU ADA HIKMAH.

      Negara lslam, Rajanya lslam, MB lslam, Pemimpin Islam, Penduduk lslam, Penguatkuasa lslam tapi perlakuan & tindakan mengalahkan…..

      Jawatankuasa Penduduk minta lanjut tempoh hingga Disember sbb ada anak diaorang tengah & akan hadapi peperiksaan.UPSR, PMR, PT3, SPM & STPM.

      Rujuk kenyataan pada 4 Sept 2019 Wakil Rakyat R Sivarasa dah setuju utk lanjut tempoh hingga Disember walaupun secara lisan utk berbincang dgn Kerajaan Negeri & pada ketika itu MB berada di luar negara.

      Mmg tawaran rumah ada dari Kerajaan Selangor tp akan siap pada 2021,sepatutnya siapkan dulu baru ambil tindakan.
      Paksa lebih kurang 70 keluarga terbabit keluar utk cari rumah sewa sekaligus tapi logik ka ada kekosongan 70 rumah sewa di kawasan sekitar dlm suatu masa.

      INGAT !!!

      Doa org terinaya tiada hijab.
      Bala datang tak kenal siapa.
      Mati itu pasti.

  3. Eloklah tu.. Dalam sibuk2 kita berpenyatuan ummah, sedara2 kita yang teraniaya dipinggirkan. Yang diberi keutamaan ialah PRU, kedua PRU, ketiga PRU. Lame-lame kebulo lah teman oii!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.