TINDAKAN pelawak Harith Iskander mengkritik kempen utama produk Muslim Bumiputera (BMBF) memakan diri apabila teruk dikecam netizen.

“Why stop at ‘Buy Muslim Products Only’. (Kenapa hanya terhenti setakat ‘Beli Produk Muslim Sahaja’)

“How about ‘Support Muslim Athletes Only’ Stop watching badminton, EPL, NBA, MMA, UFC, WCG – in fact just stop watching ALL sports (Bagaimana jika ‘Sokong Atlet Muslim Sahaja’ Jangan tonton badminton, EPL, NBA, MMA, UFC, WCG atau jangan tonton lagi semua sukan),” tulis Harith dalam satu hantaran di Twitter semalam.

Statusnya itu menampakkan kebodohan sendiri apabila netizen berkata pelawak itu tidak faham konsep sebenar kempen BMBF.

“@HarithIskander sebenarnya ‘Utamakan Produk Islam” bukan “Hanya beli produk Islam.

“Ini adalah usaha untuk memberi kekayaan sama rata dalam kalangan rakyat Malaysia. Kempen ini bukan saja menyokong pertumbuhan ekonomi Islam tetapi juga fardu,” kata seorang pengguna Nuur Sharida Sharrif.

“Ingatkan ahli politik saja yang bebal tak boleh bezakan keutamaan dan boikot. Sangat kasihan,” balas pengguna bernama kimae.zahari.

Bagaimanapun, Harith dilihat tidak memadamkan status yang ternyata sudah memalukan dirinya itu sebaliknya memuat naik hantaran lagi yang dilihat seperti menyindir pengkritiknya.

“So apparently calling me ‘botak!’ is meant to be an INSULT? That’s like trying to insult Johnny Depp by calling him ‘handsome!”.

“Nu Sentral in a version of Monopoly … but apparently its next to the jail,” tulisnya. – 20 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.