SESI soal balas antara ketua peguam bela Tan Sri Shafee Abdullan dan saksi ke-8 kes perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendedahkan satu kejutan besar.

Datuk Amhari Efendi Nazaruddin yang merupakan bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya membuat pengakuan bahawa Low Taek Jho atau Jho Low adalah ‘master manipulator’ sebenar dalam skandal 1MDB.

Skandal itu sebelum ini dijadikan modal Pakatan Harapan untuk merampas Putrajaya dengan mendakwa Najib sebagai dalang merompak duit rakyat.

Bagaimanapun pendedahan Amhari mungkin dapat membersihkan nama Najib daripada tuduhan liar Pakatan Harapan yang kini sudah memerintah Putrajaya.

Amhari juga mengakui, hanya Jho Low yang kini dalam sedang diburu pihak berkuasa adalah ‘master manipulator’ dan bukannya Najib.

Saksi berusia 42 tahun itu mengakui Najib sendiri berkemungkinan telah dimanipulasi oleh Jho Low.

Penyataan saksi olehnya yang menyebut ‘master manipulator’ itu sebenarnya hanya merujuk kepada Jho Low dan bukannya Najib yang ketika itu merupakan Perdana Menteri.

Shafee: Adakah anda bersetuju bahawa Perdana Menteri sendiri telah dimanipulasi oleh Jho Low?

Amhari: Ya, saya setuju.

Shafee: Anda setuju Jho Low manipulasi Perdana Menteri, Najib?

Amhari: Ya, ada kemungkinan.

Shafee: Kamu setuju bahagian pernyataan saksi bertulis kamu tentang ‘master manipulator’ hanya merujuk Jho Low dan bukannya Najib?

Amhari: Saya hanya kata Jho Low adalah ‘master manipulator’.

Shafee: Saya hanya mahu penjelasan daripada kamu secara jelas bahawa Perdana Menteri tidak memanipulasi seperti yang kamu maksudkan itu.

Amhari: Ya, betul.

Shafee: Saya hendak tanya kamu, adakah kamu menyedari ramai yang bekerja ‘di belakang’ Perdana Menteri Najib bersama-sama Jho Low tanpa pengetahuannya. Dengan Jho Low memberitahu lebih baik tidak beritahu apa-apa kepada Najib atau beliau akan melompat?

Amhari: Saya tidak sedar tentang itu.

Shafee: Tidak apalah, saya akan beri ‘kesedaran’ itu kepada kamu.

Amhari juga seolah-olah bersetuju dengan cadangan Shafee bahawa ada kemungkinan kata-kata arwah Azlin berhubung ‘itu duit 1MDB la bro’ itu merujuk kepada Jho Low yang mengkhianati Kerajaan Malaysia dan bukannya Najib.

Shafee: Mungkinkah maksud arwah Azlin mungkin tidak ada kena mengena dengan mana-mana salah laku yang melibatkan Datuk Najib, sebaliknya Jho Low?

Amhari: Saya tidak tahu. Beliau hanya cakap itu sahaja dan tidak mengulas dengan lanjut jadi mungkin ada pelbagai tafsiran.

Shafee: Azlin tidak mengatakan kepada anda bahawa ‘kita tidak boleh percaya bos kita’ bukan? Jika tidak, saya pasti itulah yang akan anda tulis dalam perenggan pertama penyataan saksi tempoh hari. – 20 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.