PEREBUTAN kuasa bukan hanya berlaku antara Tun Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap jawatan Perdana Menteri.

Tetapi hal yang sama juga berlaku di peringkat bawahan walaupun hanya melibatkan jawatan kecil dan remeh.

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya dari PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin dan Exco kerajaan Melaka, Norhizam Hassan Baktee dari DAP terlibat dalam isu perebutan kuasa dalam barisan kepimpinan Majlis Pengakap Negeri Melaka.

“Norhizam kalau tidak faham undang-undang lebih baik diam! Jangan lebih sudu daripada kuah,” Shamsul yang juga merupakan Timbalan Menteri Industri Utama menerusi ciapan Twitternya.

Shamsul Iskandar dalam masa yang sama memuatnaik laporan berita MelakaKini bertajuk ‘Jangan ganggu kepimpinan Pengakap Melaka 2019-2020 – Norhizam’.

Dalam laporan itu, Norhizam tidak mahu barisan kepimpinan pengakap negeri yang dterajuinya sebagai pengerusi diganggu kerana telah dipilih secara sah pada April lepas.

Malah wakil rakyat DAP itu dilaporkan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap barisan kepimpinan pengakap negeri sebelum ini sekiranya masih membuat gangguan dan gagal memenuhi tuntutan dibuat pihaknya.

Menurutnya, pihaknya telah menuntut Pentadbir Pengakap Melaka Tahun 2018 dan sebelumnya mengembalikan segala harta dan peralatan milik Pengakap Melaka kepada Pentadbir Pengakap Melaka Tahun 2019.

“Antara harta dan peralatan berkenaan termasuklah surat hakmilik tanah, perjanjian jual beli bangunan, buku cek, laporan kewangan bulanan dan mesin,” katanya. – 20 September 2019.

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.