AHLI Parlimen Jelutong, RSN Rayer tidak patut menjadi peguam membela salah seorang yang didakwa terlibat dengan sindiket penjualan MyKad, kata Mathis Sarawanan.

Exco Barisan Nasional Youth Volunteers (BNYV) Kebangsaan itu menyifatkan tindakan pemimpin DAP itu sebagai mengecewakan.

Beliau berkata, kes itu dianggap berbeza walaupun mengakui bahawa kebenaran seseorang yang dihadapkan ke mahkamah tidak bersalah sehingga terbukti.

Mathis yang juga Ketua Pemuda MIC Bahagian Bayan Baru berkata, tuduhan yang dilemparkan kepada tertuduh iaitu, Datuk Lai Chin Wah itu membabitkan tuduhan khianat kepada negara dan kes itu berkaitan dengan kedaulatan Malaysia.

“Saya tidak faham langsung sebenarnya, apa sebenarnya keperluan seorang wakil rakyat yang telah diundi dan diberikan kepercayaan tidak berbelah bahagi lagi-lagi dari parti pemerintah untuk melibatkan diri dalam kes besar dan amat sensitif seperti ini?

“Apa pandangan pengundi Parlimen Jelutong?

“Kalau ikut saya, lebih baik untuk Rayer yang selama ini banyak bercakap tentang keadilan serta pengkhianatan kepada rakyat ini supaya tidak terlibat dalam kes-kes begini, bukan satu keperluan pun.

“Banyak lagi kes lain YB, mengapa yang ini? Tolong sensitif sedikit,” katanya kepada sebuah portal baru-baru ini.

Mathis mengulas laporan berita yang melaporkan Rayer yang mewakili tertuduh kedua, Chin Wah memohon mahkamah membenarkan anak guamnya membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul, diludah dan dipaksa menandatangani dokumen tidak diketahui kandungannya ketika dalam tahanan polis.

Hakim kemudian membenarkan permohonan peguam tertuduh. – 20 September 2019.

1 COMMENT

  1. Nama pun nama org putih..dh tentu org putih mbela org putih..walau pun org putih itu d tduh pengkhianat ngr…ttp d sbbkn org putih maka org putih mbela laa org putih….sama dg prangai binatang lotong…lotong mnyalak maka lotong lain pun sama mnyalak..walau hakikatnya lotong itu xtau apa yg lotong lain nyalakkn…. Lotong oh lotong…..dahi mu ada 3line putih walau background nya hitam mcm pantat kuali.. ttp demi lotong yg lain lotong 3line putih sggup mnyalak sama walau sekor lotong pgkhianat kpd kewasan hutan hujan tropika mrk…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.