Posted by Noor Azmi Kemi on Wednesday, 18 September 2019

BELUM pun reda kesedihan dan kemarahan 32 keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat rumah mereka diroboh kerajaan Selangor, seorang lagi penduduk tampil mempertahankan haknya daripada menerima nasib sama.

Individu yang hanya dikenali sebagai Noor Azmi mencuri perhatian netizen apabila bertindak berani secara berseorangan menghalang pihak majlis perbandaran merobohkan struktur di tanah milik bapanya.

Kejadian itu berlaku tidak jauh dari lokasi 32 buah rumah yang dirobohkan di Sungai Kedondong, Paya Jaras.

Dalam satu video yang disiarkan di Facebook miliknya, Noor Azmi cuba berunding dengan pegawai penguatkuasa yang mahu merobohkan beberapa struktur di tanah tersebut.

“Dekat sini saya berdiri seorang saja encik. Tolonglah. Ini orang Melayu, orang Islam. Saya merayu dengan tuan-tuan semua ni.

“Ini tanah bapa saya, bukannya ceroboh!,” katanya dalam video tersebut.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Noor Azmi berkata, tanah tersebut meruypakan hartanah milik bapanya dan diusahakan sejak berpuluh tahun lagi.

Beliau juga mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang hanya memberi notis sebulan sedangkan pihaknya sudah berpuluh tahun mengusahakan tanah itu.

“Cuma masa yang singkat saya minta dan merayu supaya segala aset-aset di atas hartanah ini dapatlah diselamatkan (mana yang boleh).

“Lain-lain kami akan akur jika kamu (kerajaan) nak ambil dan tolak.. tapi haruslah kamu (kerajaan) mengambil kira atas setiap CUKAI yang telah dibayar orang tua kami itu. Dimanakah nilainya?” soalnya. – NTHQiBord, 20 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.