LANGKAH dan cara yang diambil oleh Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin untuk mengatasi pecemaran jerebu yang melanda Malaysia amat mengecewakan, dan tindakan lambat beliau telah membawa risiko kepada keselamatan nyawa rakyat.

Oleh itu, YBM Yeo Bee Yin digesa untuk meletak jawatan dengan serta-merta.

Walaupun beliau pada 5 hari lepas berkata, akta Jerebu Rentas Sempadan perlu segera diwujudkan oleh Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara yang lain, khususnya yang sering dilanda masalah jerebu, malah syarikat suami beliau adalah di antara 4 syarikat yang dinamakan oleh kerajaan Indonesia sebagai punca kebakaran hutan negara itu.

Empat syarikat dinamakan kerajaan Indonesia sebagai punca kebakaran hutan negara itu iaitu IOI Corporation, Sime Darby Bhd, TDM Bhd dan Kuala Lumpur Kepong Bhd.

Oleh yang demikian, tidak wajar YBY untuk menguruskan isu ini sementara syarikat suami beliau merupakan salah satu syarikat yang terlibat.

Memang bukan seorang sahaja menteri Kabinet daripada PH perlu meletakkan jawatan berikutan kegagalan menjalankan tugas menteri, tapi keadaan Bee Yin adalah jauh serius berbanding dengan menteri lain, kerana keselamatan nyawa rakyat terlibat.

Bee Yin tidak lagi sesuai untuk menjadi Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim atas sebab syarikat suami beliau mempunyai konflik berkepentingan.

Baru-baru ini Bee Yin juga telah menunjukkan ketidakupayaan beliau semasa insiden pencemaran Sungai Kim Kim Pasir Gudang, dan keputusan untuk mengenalpasti sebab pencemaran masih tidak diketahui.

Apakah yang telah dibuat dan apakah yang akan dibuat? Apakah cara jangka masa pendek dan strategi jangka masa panjang? – 21 September 2019.

NICOLE WONG,
Ketua Pemuda MCA.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.