KEMPEN membeli barangan Muslim tidak salah selagi ianya tidak memboikot produk lain, kata Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Yusof.

Beliau berkata, suhu perkauman yang meningkat akibat kempen tersebut berlaku sejak kebelakangan ini berlaku akibat salah faham terhadap usaha menggalakan pembelian barangan Muslim tanpa menolak produk bukan Muslim.

“Tidak salah dengan beli barangan Muslim ataupun barangan bukan Muslim kerana ianya terpulang kepada cita rasa pengguna itu sendiri yang membuat keputusan.

“Kita tidak boleh paksa orang membeli makanan kalau tidak menepati cita rasa pengguna itu sendiri kerana kita mengamalkan pasaran terbuka,” katanya.

Redzuan merupakan menteri Pakatan Harapan yang pertama menyuarakan sokongan terhadap kempen yang digerakkan UMMAH itu

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad sendiri tidak bersetuju dengan kempen tersebut.

Pemimpin DAP dalam PH antara paling lantang mengecam kempen itu yang disifatkan menggugat perpaduan dan keharmonian kaum.

Kempen utamakan produk Muslim Bumiputera (BMBF) dimulakan sejak April lalu sebagai usaha memperkasakan ekonomi orang Islam dan Bumiputera di negara ini. – 21 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.