ORANG Melayu tidak ada pilihan lain melainkan menjatuhkan Pakatan Harapan pada pilihan raya akan datang kerana parti-parti Melayu dilihat tidak akan berpisah dengan DAP, kata bekas Ketua Hakim Negara.

Tun Abdul Hamid berkata, kerajaan PH nampak seolah-olah tidak indah, malah mengalah dan mengalah serta Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sendiri seperti sudah tidak dapat mengawal menteri-menterinya.

Malah katanya, menteri-menteri Melayu dalam PH nampak seperti boneka DAP kerana tiada pendirian untuk mempertahankan apa sahaja yang dikatakan dan dilakukan oleh rakan-rakan bukan Islam mereka, termasuk dalam hal-hal agama Islam.

“DAP juga telah berjaya menguasai atau mempengaruhi kerajaan-kerajaan negeri, kerajaan-kerjaan tempatan, badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat milik kerajaan dengan menempatkan orang-orangnya.

“DAP telah berjaya meletakkan orang-orangnya di tempat-tempat yang strategik dalam Kerajaan Persekutuan dan bertindak seolah-olah di luar kawalan Perdana Menteri.

“Untuk itu, pertama sekali orang Melayu perlu bersatu. UMNO dan PAS adalah dua buah parti Melayu yang terbesar.

“Kedua-duanya perlu bekerjasama dalam pilihan raya yang akan datang.

“Paling kurang, kedua-duanya hendaklah mengelak daripada pertandingan tiga penjuru dengan PH khususnya di Pantai Barat Semenanjung,” katanya dalam satu kenyataan. – 21 September 2019.

5 COMMENTS

  1. yg jahat yg teruk belum dijatuhkan lagi dah kalut sgt nk bahagi cake, paham tak apa yg perlu diutamakan? mcm ni la, xyah angkat mna2 parti, angkat hg naik nk sunging bin binasau??? hg mampu ka nk tadbir? hahahahahaaaa

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.