Ketua Pembangkang itu berkata, DAP adalah watak utama yang dilihat telah membuat perancangan rapi terutama dalam mengganggu gugat hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

DENGAN anak muda berumur 18 tahun ke atas sudah layak mengundi pada PRU15 akan datang, DAP mula melakukan perang saraf dengan menyuntik benih-benih pemikiran bertujuan menghalalkan anak muda pengundi baru Melayu untuk mengundi mereka.

Kalau dahulu, DAP ada Sekolah Demokrasi atau SekDem yang menggunakan dana parti, saya dimaklumkan perang saraf kali ini lagi dahsyat kerana menggunakan dana kerajaan negeri yang dikuasai exco DAP selain infrastruktur dan peralatan kerajaan negeri.

Awas anak muda Melayu! DAP sedang mengintai, menyasarkan anak-anak muda terutama Melayu berusia antara 18 hingga 30 tahun dalam kelompok kecil 30 peserta pada setiap sesi untuk di’brain wash’ bagi menghalalkan mereka untuk mengundi DAP pada PRU15.

Berselindung di sebalik kononnya inisiatif menerapkan ilmu pengetahuan mengenai proses demokrasi dan tadbir urus kerajaan, DAP akan cuba menarik minat anak muda Melayu untuk mendekati dan seterusnya mengundi mereka.

Dengan demografi serta pola pengundian yang akan berubah dengan adanya pengundi muda ini pada PRU15, pastinya DAP dapat akan terus berkuasa jika hati dan jati diri sebahagian pengundi baru ini digelapkan untuk menerima bangsa DAP sebagai tuan di negara ini.

Buat ibu bapa Melayu yang masih cintakan bangsa dan agama kita, pantau mereka agar jangan sampai anak-anak kamu terjebak dengan perang saraf DAP ini yang bertopengkan kononnya dibuat atas nama program kerajaan negeri. – 21 September 2019.

AMRAN AHMAD NOR,
Timbalan Pengerusi Gagasan Tiga (G3).

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

2 COMMENTS

  1. Kepada anak ,beringat LA ni tanah tumpah air kita,jangan kita buat salah lgI,ini parti hancing naambil keorang hati ingat jgn tanah Melayu ni tergadai,ingat LA fikirhabis Klau na hancor sekejap je.

  2. Kepada penduduk kg. Baru fikir LA parti hancing ni bukan betul,mulut manis,sedang kan memerintah ta betul,jual aset ni aset tu lagi na tawar ,biar ta jual pun ta apa,ekonomi pun ta pandai na handle fikr2 banyak janji ta di tunai lagi na tawar penjualan tanah ta payah LA.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.