epaselect epa06740760 Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim reacts as he leaves a rehabilitation center in Kuala Lumpur, Malaysia, 16 May 2018. According to media reports, a full pardon for jailed politician Anwar Ibrahim is pending. EPA-EFE/FAZRY ISMAIL

PAKATAN Harapan tidak memerlukan sokongan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri.

Kenyataan Presiden PAS yang menolak konsensus Pakatan Harapan tidak mendatangkan sebarang kesan langsung kepada Pakatan Harapan.

Kenyataan yang berbaur angkuh dan lucu ini tidak sepatutnya dikeluarkan oleh presiden sebuah parti yang tiada kepentingan dalam gabungan parti-parti kerajaan.

Beliau tidak sepatutnya mencampuri urusan parti lain sebaliknya beliau perlu menjelaskan kepada akar umbi PAS mengapa beliau memilih untuk mengangkat semula UMNO yang sekian lamanya dianggap sebagai musuh ketat PAS dan perosak negara.

Kelihatan seperti agenda PAS kini adalah menjadi kuda tunggangan untuk membantu UMNO mengangkat semula Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor kembali berkuasa.

Ramai ahli PAS yang ditemui kini buntu dengan arah perjuangan baru parti itu untuk menjadi kuda tunggangan UMNO.

Anwar Ibrahim tetap akan diangkat sebagai perdana menteri kerana Pakatan Harapan adalah sebuah gabungan yang berpegang kepada prinsip dan janji-janji.

Tambahan lagi Perdana Menteri Tun DMahathir Mohamad juga telah menyatakan komitmennya terhadap transisi jawatan perdana menteri kepada Anwar Ibrahim.

Justeru itu Abdul Hadi Awang tidak perlu membuang masa dengan urusan parti lain sebaliknya beliau perlu membuktikan bahawa PAS bukanlah kuda tunggangan UMNO. – 21 September 2019.

SYED BADLI SHAH SYED OSMAN,
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

1 COMMENT

  1. Betul saya setuju dgn tuan! Pas sekarang ini tak lagi mcm Pas yg dibawa oleh almarhum tg.Nik Aziz yg mana istiqomah dlm prjuangan menumbang kan rejim UMNO dan dlm mmberi support kpd pakatan rakyat seluruh Malaysia pada ketika itu.malah arwah ketika itu berjaya menyatu padukan kaum sehingga terbentuk nya persatuan penyokong parti Islam ini dari kalangan yg bkn Islam..menyokong perjuangan dan iltizam yg dibawa dgn jaya nya.kalau hj.hadi Maseh boleh berjumpa tun M.malah DS.najib dan UMNO itu sendiri..tidakkah beliau tidak boleh memandang dan mengambil iktibar serta respect dgn pengorbanan dan iltizam dari apa yg telah dibawa selama ini oleh almarhum tg Nik Aziz juga? Apakah ini perjuangan yg dibawa hj Hadi? Berupa kepentingan nya sahaja? Betul kah yg diperjuangkan UTK kemashalatan ugama dan ummah? Apakah relevan nya beliau mengatakan perjuangan nya demi ummah? Atau dah takde modal sama sekali utk menyatakan pendirian Pas?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.