KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) perlu ditumbangkan demi menjaga kepentingan Melayu, Islam dan negara, kata bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.

Abdul Hamid berkata, dalam tempoh lebih setahun PH memerintah, rakyat dapat melihat hak dan kepentingan orang Melayu dihakis, agama Islam dan Nabi Muhammad dihina.

Selain itu katanya, angkatan tentera diperlekehkan dan tuntutan-tuntutan orang bukan Melayu semakin melampau di bawah kerajaan PH.

“Timbul juga isu institusi raja-raja, bendera negara dan lagu kebangsaan dihina selain pelaksanaan undang-undang berat sebelah dan ketenteraman negara semakin terancam serta hubungan antara kaum semakin tegang.

“Keadaan ekonomi juga semakin teruk, bantahan demi bantahan dibuat mengenai apa sahaja yang berkaitan atau yang mereka kaitkan dengan orang Melayu dan agama Islam dan satu demi satu bantuan yang memanfaatkan orang Melayu ditarik balik,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang menggelar orang Melayu dan Islam sebagai rasis apabila cuba mempertahankan hak orang Melayu dan Islam.

“Menyebut perkataan “Melayu” dan “Islam” pun dituduh rasis sedangkan mereka yang mengutuk orang Melayu dan menghina agama Islam tidak rasis.

“Perbandingan agama ditentang atas alasan menggugat ketenteraman negara sedangkan menghina Islam dan Rasulullah adalah kebebasan bersuara.

“Hal-hal agama Islam yang terpakai kepada orang Islam sahaja pun mereka masuk campur dan mahu kita mengikut kehendak mereka,” katanya.

Abdul Hamid juga berkata, kerajaan Barisan Nasional sebelum ini tidak pernah tidak melarang dan menghalang, sebaliknya membina sekolah-sekolah Cina dan Tamil.

“Itu pun mereka tidak puas hati lagi. Orang Cina mahu mewujudkan sistem pelajaran yang berasingan daripada sistem pendidikan kebangsaan.

“Tunjukkan kepada saya sebuah negara di dunia ini yang membenarkan rakyatnya berbuat demikian, apatah lagi membina sekolah-sekolah vernakular.

“Di Singapura pun tidak ada sekolah Cina pada hal Singapura diperintah oleh orang Cina,” katanya. – 21 September 2019.

7 COMMENTS

  1. Memang kerajaan sial hampeh kunyit ni…patut ditumbangkan…kerans cinadapigs dah makin besar kepala tetapi tidak pernah mengaku tekanan dan penindasan terhadap org Melayu Islam di Tanah hak Melayu ini…Dapigs tidak segan silu menuntut dan mengaku Tanah Melayu hak mak bapak depa …masih tidak mengaku dan insaf mereka ada lah pendatang!!!!
    Melayu Islam perlu bangkit…anak anak muda Islam perlu disedarkan..jika tidak mereka nanti akan merempat di Tan ah Air mereka sendiri…
    Mari kita rapatkan saf UMNO-PAS..kita bangkit dan bina semula hak Ummat Melayu Islam..In sha Allah

  2. UMNO-PAS boleh kita sokong tapi Jibby, Wak Jahiit, dan geng2 corrupted mereka jgn tunjuk muka di kawasan2 bertanding. Sueh tenguk muka mereka.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.