SEBUAH akhbar Cina bertindak biadap apabila menyunting gambar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Akhbar tersebut memaparkan Ahmad Zahid dan Abdul Hadi Awang memakai pakaian perkahwinan seolah-olah menyindir kerjasama antara UMNO dan PAS.

Gambar Abdul Hadi disunting menjadi pengantin wanita manakala Ahmad Zahid menjadi pengantin lelaki.

Gambar berkenaan mula dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook, Abi Fateh hari ini.

“Ko (kau) tak puas hati dengan perpaduan ummah, ko punya pasal la, yang ko edit (sunting) gambar presiden kami dah kenapa?

“Satu penghinaan kepada ulama, cadangan saya, saman surat khabar ini, demonstrasi aman depan pejabat dia tuntut mohon maaf, setuju?,” katanya.

Menurut Abi Fateh, akhbar tersebut merupakan akhbar Overseas Chinese Daily News (OCDN) yang beribu pejabat di Sabah dan cenderung kepada DAP.

Hantaran Abi Fateh itu sudah dikongsi sebanyak 3,600 kali dan mendapat reaksi lebih 4,200 kali.

Rata-tara netizen meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap akhbar pro-DAP itu dan meminta tindakan undang-undang diambil terhadap akhbar tersebut.

“Anjing sudah menyalak sebab kepanasan atas perpaduan ummah . Dasar komunis . Sudah menumpang Di Tanah Melayu lagi tunjuk besar kepala . Harap pihak berwajib sila ambil tindakan,” kata Khalis Jauhar.

“Saman sampai bankrup,” kata Mohd Shah Rizan Abdullah.

“Saman,kami nak tahu wartawan ni,siapa yang berkait dengan mereka di Malaysia,” kata Mohd Rizuan Wan. – 22 September 2019.

3 COMMENTS

  1. Tentang pembangunan Kg Baharu. Kalau ramai yg membantah dan menudah pihak menteri tak jujur maka elok serah kerja kpd mereka utk buat sendiri pembangunan. Silakan.

    • Nilai tanah dlm KL bro.Mengapa Islamic Propeties boleh beli tanah kelolaan 1 MDB dengan harga pasaran yg lebih tinggi.

  2. السلام عليكم ورحمة الله وبركته،slm sejhtera,warga M’sia,antra punca news paper chine itu berbuat gitu,1)Memperli ttn yg di glamourkn oleh ahli PAS sbgai tn guru,agama islm melarang keras umatnya bersekongkol dgn unsur2 maksiat,mungkar terutamanya berkawan @memilih shbt yg belum bertaubat utk tidak melakukan @mengulangi perkara tersebut,sila ruju’kitab hadis سبل السلام جزءثانى,naskh bhsa arab,sementelah,al-quraan pula تعاونوا على البر والتقوى،ولا تعاونواعلى الاثم والعدوان،Allah hnya menyuruh manusia bertolong menolong ddlm perkara,unsur2 yg baik,dri segi moral,xkemungkaran,@kemaksiatan,@perkara2 yg mengundang dosa,kemurkaan ilahi,seperkara lagi,konsep تعاون،موافقةitu juga dri segi asas prinsipnya betul,namun dri segi falsafahnya menyalahi dgn islm,matlamat x seharusnya menghalalkn teknik utk perdamaian,@kemudian muafakat tersebyt langsung tiada termktub konsep perlaksanaan hudud,&rahmat utk masa depan hala tuju pas utk mendaulatkn islm langsung mengubah perlembgaan M’sia,justeru itu dari segi pegamalannya lebih menjurus kpd pangkat,jawatan ddlm membhagi2kan kerusi kerjaan yg ketara,lantaran itu,warga ahli2 PAS macm di perli @di sindir oleh pemimpin sendiri,dgn memprkudakn islm utk mencapai mtlamt jwatan menteri2,&seumpamanya,,,terang lagi bersuluh,hj,hadi telah menyebutkn pengagihan kerusi2yb2,menteri2 dikongsikan agihan krjaan kdah,klntan,terngganu,phng,&Perlis milik PAS,manakala yg lain milik bn@umno,jdi itulah dia belum lagi pru ke-15 berlaku awal2 lagi peresidan PAS,udah cakap seprti itu,,ini yg di katakn Ulama’pentingkn…….jwb sendiri,fikir sendiri,renungknlah sendiri….warg ahli pas…klu zahir begitu,masakn berlawanan dgn dlman hati kut,نحن نحكم بالظواهر،والله آعلم بالبواطن،faham sendirilah nooo,warga Mlayu yg bijaksana,ertikal ringkas ini sekadar berkongsi pengalaman sejak th kedua pru ddlm M’sia,warga M’sia rata2 hnya merespek tn guru hj dto’almarhum nikvabd,Aziz shj,,,krana sikapnya sifatnya menjdi idola mereka,,bukan hnya pandai berpidato semata2,mengutuk,mencerca,menghina,mengejek,memperlekeh insan2 seagama mahu pun non muslim ddlm M’sia ini.. والسلام…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.