JIKA mahu menjadi Perdana Menteri kelapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berjiwa besar, sindir Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin.

“Kita nak bertemu (Anwar dalam mesyuarat rekonsiliasi) dan saya ingat perdana menteri kelapan kena berjiwa besarlah,” katanya menurut laporan sebuah portal.

Zuraida berkata demikian mengulas penolakan Anwar terhadap permintaan untuk mengadakan mesyuarat rekonsiliasi antara beliau dan pihak yang tidak puas hati dengannya.

Pada 17 September lalu, Presiden PKR itu bertegas tidak bersedia untuk berganjak dengan tuntutan Ahli  Parlimen Ampang itu yang mahu “mesyuarat rekonsiliasi” diadakan antara Anwar dan pihak dalam PKR yang tidak puas hati dengannya.

Sebaliknya, kata Anwar, beliau boleh berjumpa dengan mereka dalam banyak mesyuarat biasa PKR yang telah mereka pulaukan.

Mesyuarat biro politik PKR diadakan setiap Rabu dan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bermesyuarat pada setiap bulan.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata beliau dan Ahli Parlimen Port Dickson itu perlu bertemu bagi membincangkan beberapa isu yang dianggap serius dan sensitif.

“Kita cuma nak berbincang untuk perkara-perkara yang agak sensitif dan yang tak boleh dibincangkan secara beramai-ramai untuk memberi pandangan dan juga merangka hala tuju hadapan PKR.

“Kita sayang PKR dan kita juga sayang negara. Jadi, kalau parti kuat, negara pun akan kuat. Itu yang kita nak buat,” katanya.

Tegas Zuraida, beliau tetap mahu mengadakan mesyuarat rekonsiliasi dan tidak akan menghadiri mana-mana mesyuarat parti itu selagi Anwar tidak bersetuju untuk mengadakan perbincangan tersebut.

“Kita nak bertemu (Anwar dalam mesyuarat rekonsiliasi).

“Saya perlukan mesyuarat itu dulu, lepas kita dah jelas hala tuju kita barulah…(kita hadir mesyuarat parti).

“Maksudnya, selagi tak adakan mesyuarat itu kami tak akan hadir mesyuarat parti yang lain,” tegasnya. – 22 September 2019.

5 COMMENTS

  1. Tentunya Jiwa Anwar Jauh lebih Besar dpd Jiwa Zuraida. Yb Zuraida diangkat Kpd Jaw Menteri pun berkaitan dgn Dia mng atas teket PKR. Zuraida baru kali ini saja memegang Jaw Menteri Anwar sdh lama memegang Jaw menteri sehingga Jaw Tpm dn Mentri kewangan. Zuraida usahlah ragu ragu ttg jiwa Anwar. Kalau Zuraida orgnya cerdik tentunya Dia kenal dirinya siapa.

  2. Belum jadi PM ke-8 dah berkepala besar, enggan berjumpa ahli tertinggi parti sendiri. Ataupun sebab Zuraidah tiada kepentingan dalam mengejar cita-cita Anwar? Cuba kalau LGE atau LKS, mungkin Anwar akan bersujud di depan LGE/LKS seperti menyembah tok pekong di waktu pagi… Ampunkan saya latuk LKS/LGE…😜

  3. Anwar tidak pernah anggap Zuraida dan Azmin sebagai musuh. Dlm ucapan tidak pernah serang serang mereka. Ini lah pemimpin berjiwa besar. Yg serang Anwar tanpa henti adalah Zuraida. Yg tidak puas hati dgn Zuraida adalah penyokong Anwar kerana kebiadaban Zuraida. Zuraida yg cipta permusuhan dgn Anwar dan ahli PKR. Anwar ambil pendekatan seperti tiada masalah. Malangnya ahli PKR tidak memaaf Zuraida. Nak reconcile…berhadapan dgn ahli secara terbuka. Cari tarikh..waktu dan dewan mana. Zuraida banyak berhutang jawapan pada ahli dan penyokong PKR.my

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.