SEMALAM dalam satu majlis di Sibu, Sarawak, Lim Kit Siang umum sedia menaja sidang meja bulat di atas jika pihak pembangkang setuju menghadirinya.

Tahukah Kit Siang, pada rakyat akronim PH itu ialah Pakatan Hancing. Tun Mahathir Mohamsd digelar sebagai kaki kencing.

Ada yang kata, kencing Mahathir lebih bahaya daripada kencing tikus kerana kencing tikus, tidak semua orang kena tetapi kencing Mahathir satu Malaysia kena.

Apakah janji 100 hari itu bukan berita palsu?

Apakah Kit Siang sedar, DNA beliau iaitu Lim Guan Eng adalah penyebar berita palsu utama di Malaysia.

Guan Eng kata Kerajaan BN curi duit GST sebanyak RM19.4 Bilion.

Tetapi laporan PAC membuktikan Guan Eng berbohong.

Dia bukan sahaja membohongi Parlimen tetapi membohongi rakyat.

Guan Eng juga menyebarkan berita palsu kononnya hutang megara tinggalan BN sebanyak RM1 Trilion.

Ternyata itu pun palsu kerana dinafikan oleh laporan Bank Negara.

Bahkan hutang negara meningkat sebanyak RM124 Bilion dalam tempoh 14 bulan pentadbiran PH iaitu daripada RM686 Bilion (semasa BN) kepada RM810 Bilion di bawah Kerajaan PH.

Siapa pula penyebar ucapan kebencian kalau bukan DAP.

Guan Eng kata Penyatuan Ummah adalah pengistiharan perang terhadap bukan Melayu.

Manakala Nga Kor  Meng mendakwa Malaysia akan jadi Taliban kerana Penyatuan Ummah itu.

Saya nak tanya kepada Kit Siang berapa ramai orang Cina dibunuh dalam tempoh hampir 30 tahun PAS memerintah Kelantan?

Apa pula pandangan Kit Siang terhadap Kongres Maruah Melayu yang akan diadakan pada 6 Oktober akan datang?

Kongres ini didalangi oleh Tun Mahathir. Bocor gambar mesyuarat jawatankuasa penganjur yang melibatkan ahli Parlimen PPBM seperti Hamzah Zainuddin, Tok Pa dan Dr Latif Ahmad di Pejabat Gerbang Perdana milik Datuk Yahya Jalil iaitu kroni Tun M.

Kalau Kongres itu dianjurkan oleh UMNO-PAS sudah tentu Kit Siang akan tuduh sebagai rasis apatah lagi satu daripada tajuk klusternya ialah mengujudkan sekolah satu aliran.

Kenapa Kit Siang membisu?

Kit Siang dakwa selama 52 tahun DAP terlibat sebagai pembangkang mereka berperanan untuk mengujudkan keharmonian di Malaysia.

Apakah DAP mahu menafikan bahawa DAP terlibat kepada peristiwa hitam 13 Mei 1969 kerana ucapan kebencian mereka ketika perarakan meraikan kemenangan pilihan raya di Chow Kit Kuala Lumpur?

Maka apa perlunya sidang meja bulat itu kalau DNA sendiri iaitu Guan Eng dan DAP adalah penyebar berita palsu paling tegar.

Piagam Muafakat Nasional sudah memadai untuk menentang berita palsu dan kebencian. – 23 September 2019.

DATUK PUAD ZAKARSHI,
Ketua UMNO Batu Pahat.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.