RAKYAT akan menghukum Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang jika terus menjual aset negara, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.

Beliau berkata, kerajaan Persekutuan diminta tidak mengambil jalan mudah untuk membayar hutang negara dengan menjual aset negara.

Sebaliknya Abdul Karim menggesa kerajaan mencari jalan lain untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Untuk sementara waktu, beliau meminta kerajaan menghentikan dahulu sebarang langkah untuk menjual lagi harta-harta Khazanah Nasional atau lain-lain syarikat milik kerajaan.

“Pakatan Harapan mengkritik bekas Perdana Menteri Najib dan Barisan Nasional kerana menyebabkan negara memikul beban hutang yang besar akibat rasuah dan salahurus negara.

“Najib dan BN telah dihukum oleh rakyat kerana itu di dalam Pilihanraya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 yang lalu.

“Jika Kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir sekarang menjual harta-harta Khazanah Nasional untuk membayar hutang sehingga negara kehilangan harta, percayalah rakyat yang melihat dan membuka mata akan menghukum PH dalam PRUm akan datang,” katanya dalam kenyataan.

Bekas Ketua PKR Johor itu juga mempersoalkan adakah anggota Kabinet yang diketuai perdana menteri kehabisan idea sehingga terpaksa mengambil jalan menjual harta negara.

“Jadi apa yang Kerajaan Persekutuan perlu buat sekarang untuk mengelakkan lebih banyak harta Khazanah daripada dijual?” katanya.

Berikutan itu, Hassan mencadangkan Perdana Menteri dan Kabinet membawa perkara tersebut ke Parlimen yang akan bersidang pada 7 Oktober ini.

Katanya, ini akan memberi peluang kepada Ahli-ahli Parlimen dari kedua-dua belah pihak, kerajaan dan pembangkang memberikan idea dan buah fikiran untuk membantu kerajaan menangani isu pembayaran hutang negara yang melebihi RM1 trilion.

Hassan mendakwa peningkatan hutang negara itu angkara salah urus kewangan dan ekonomi serta rasuah dan salah guna kuasa kerajaan Barisan Nasional. – 23 September 2019.

11 COMMENTS

  1. Kerajaan PH yg menambah hutang 1trilion dgn pinjaman bon jepun tak di sebut2 kan pulak… Balik2 salah BN… Salah sendiri x nampak…

    • Korang pukimak yg menjahanamkn ekonomi negara lagi mau komplen mcm mcm..ko harus bertanggungjawab sbb ko yg meletak najib jadi pm..korang harus bertanggung jawab!!

  2. Hutang memg hutang jang oi.. mne2 kjaan pun. Tpi sampi 1 trillions mne mau cari bayar smula. Jual separuh Msia pn ntah kan ckup..ntah tidk. Ni akibatnye sikap kleptokrat kjaan lama. Ade dfikir maslh negara dn rakyat.

  3. Hahaha. Hutang hutang hutang….. Klau dh thu hutang bnyak… Tp pi pinjam bon jepun lg tu ape kejadah… Tu nmenya tmbahkn lg hutang bkan hbiskn hutang….

  4. haha..kalau PH dh ketandusan idea nk semarakkan ekonomi maka PH ambil jln mudah je…bubar Parlimen & bg mandat semula pd rakyat utk makmurkan negara

  5. Bagus kita rakyat sudah boleh bersuara memohon perkenan Agong membubarkan parlimen bagi menyelamatkan harta benda kebanggaan rakyat Malaysia.

  6. Kalau dihidupkn kembali kn cukai gst kn bgs..tk perlu berutang bagai.gn gst dh lebih dri cukup utk byr hutang negara.skrg tk pasal2 hutang makin bertambah.jual semuab aset negara yg dilakukn ph makin byk masalah dikemudian hari..aku dh dpt baca perbuatan ph menjual semua aset negara agar bn akn dipersalahkn buat selama nye.modal mereka hutang dn 1 mdb ini semua modal ph utk memburokkn kjaan lama.dn menutup kelemahan kjaan ph.agar rakyat nmpk semua yg berlaku adalh salah kjaan lama.mereka nk selamat kn dri.biar la negara dh nk lingkup asal bn yg dipersalahkn.dpt la mereka pertahankn utk pru15 itu semua modal ph..fitnah mmg dh sebati gn parti mereka utk terus berkuasa..

  7. JAMBAN KAT KOLUMPO KOTOR PUN SALAH BN KE…??? TAPI SEKARANG PH pentah h….!!!???
    Kahh… KAHHH… KAHHH…!!!!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.