SEMALAM, tular satu gambar yang telah disunting pada sebuah akhbar Cina yang memaparkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merupakan Presiden PAS memakai pakaian perkahwinan.

Gambar itu disunting dan dipercayai sindiran kepada kerjasama antara parti UMNO dan PAS melalui permeteraian piagam bersama dua parti itu semasa Himpunan Penyatuan Ummah, minggu lalu.

Sehubungan itu, PAS dan UMNO mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Cina itu ekoran penerbitan gambar yang disifatkan bertujuan mempersenda dan tidak sensitif pada umat Islam itu serta dianggap keterlaluan oleh warga maya.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, penularan gambar itu dilakukan bagi mengalihkan isu berkaitan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Saya rasa ada dua faktor, pertamanya provokasi kerana kita sudah ada Muafakat Nasional dengan UMNO dan mereka nampak ada satu ancaman kepada mereka.

“Kedua mereka nak alih perhatian ramai kepada perkara yang remeh.

“Tindakan pun akan kita ambil dan kaji dari sudut undang-undang. Kalau PH bila berlaku satu-satu perkara, dia akan kata itu politik kotor. Jadi ini apa? Mereka sendiri yang buat politik kotor,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, penularan gambar itu nyata memberikan kelebihan politik kepada UMNO dan BN.

Ujarnya, pihak berwajib dilihat gagal dalam memahami istilah sebenar Muafakat Nasional yang dimeterai oleh kedua-dua parti pada minggu lalu.

“Mereka gagal untuk memahami apa yang mahu disampaikan oleh Presiden kedua parti.

“Sebaliknya mereka menyindir dengan meminda wajah kita kepada wajah dalam pakaian pengantin.

“Ini psikologi berbalik yang untungkan kita di mana warganet marah dengan paparan gambar itu. Mereka akan terima akibat atas perbuatan salah mereka sendiri,” katanya.

Ditanya samada UMNO akan turut mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berkenaan seperti mana yang direncana PAS, Ahmad Zahid berkata, perkara politik harus diselesai dengan pendekatan cara politik.

“Kalau mereka berjiwa besar tanpa kita minta, mereka akan memohon maaf kepada kita,” katanya. – 23 September 2019.

3 COMMENTS

  1. Saman aja. Jgn bila depa minta maaf tarik balik saman. Sebab itu cina berani mempermainkan parti kamu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.