PUAK ultra kiasu diingatkan supaya berhenti ‘bermain api’ dengan mencetuskan provokasi yang boleh menggugat kesabaran orang Islam di negara ini, kata seorang pendakwah bebas.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan tindakan sebuah akhbar berbahasa Cina yang menyunting dan menyiarkan gambar presiden dua parti Melayu, Islam, baru-baru ini sebagai biadap dan kurang ajar.

“Dasar akhbar bodoh dan bangang.

“Akhbar Cina jangan nak bermain api. Kesabaran orang Islam ada hadnya. Nampak sangat ‘Cina-Cina’ yang bekerja dengan syarikat akhbar itu langsung tidak faham sensitiviti orang Melayu, Islam meskipun telah bergenerasi tinggal di bumi bertuah ini.

“Kalau berani buat perkara yang sama di negara komunis China. Gunakanlah gambar Presiden China,” katanya kepada sebuah portal hari ini.

Menerusi satu keratan akhbar itu, terpapar gambar suntingan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kelihatan seperti pasangan pengantin.

Gambar berkenaan dipercayai sebagai sindiran terhadap kerjasama yang dimeterai antara kedua-dua parti melalui Piagam Muafakat Nasional, pada Pehimpunan Penyatuan Ummah, 14 September lalu.

Rihduan berkata, tindakan akhbar berkenaan memperlekehkan kerjasama UMNO-PAS itu, membuktikan pemikiran komunis sangat berleluasa dalam akhbar ultra kiasu.

“Inilah bahanyanya SJKC. Mereka tidak faham sensitiviti bangsa majoriti. Pemikiran komunis jika tidak dibanteras dan dinyah, ia sangat bahaya kepada pembinaan negara bangsa.

“Bayangkan jika kita buat perkara sama, perkahwinan sejenis antara Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim. Apa perasaan? Marahkan?” katanya.

Justeru, beliau meminta Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memantau akhbar-akhbar Cina ultra kiasu, yang disifatkannya sangat rasis.

“Pantau juga sekolah Cina kerana melahirkan produk dan wartawan berfikiran komunis. Bayangkan sekolah swasta Cina tidak dapat dikawal lagi oleh kerajaan sejak dahulu.

“Sekolah agama dipantau kerajaan kerana takut melahirkan Taliban Melayu. Apakah sekolah Cina tidak melahirkan pengganas komunis, apatah lagi sekolah swasta Cina yang tak terkawal?” katanya. – 24 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.