PEMUDA MCA mempersoalkan tindakan Lim Guan Eng yang terus menabur fitnah terhadap parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong berkata, Setiausaha Agung DAP itu dalam persidangan parti itu baru-baru ini menggunakan isu boikot produk bukan Islam untuk memfitnah MCA.

Nicole berkata, Menteri Kewangan itu memfitnah MCA menyokong UMNO dan PAS walaupun kedua-dua parti Melayu dan Islam itu tidak terlibat dengan kempen tersebut.

“Entah dah berapa kali dah pemimpin PAS dan UMNO telah menafikan mereka sokong boikot barangan bukan Islam, tapi Guan Eng ini macam tak faham.

“Presiden MCA, Wee Ka Siong pada minggu lepas juga telah membidas Lim Guan Eng yang mencadangkan MCA gagal bersuara terhadap dakwaan kempen boikot produk bukan Islam.

“Tetapi Guan Eng sekali lagi menggunakan taktik yang sama untuk menyerang MCA,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Sehubungan itu, Nicole mempersoalkan siapa yang sebenarnya bermain api perkauman dan isu agama dengan memanjangkan isu kempen utamakan produk Islam (BMBF) yang digerakkan UMMAH.

Beliau juga meminta pemimpin Pakatan Harapan termasuk Perdana Menteri dan Kementerian Dalam Negeri bertindak terhadap pihak yang menabur fitnah dan membuat berita palsu itu.

“Jadi, di sinilah sangat jelas bahawa siapakah yang mengapi-apikan isu perkauman dan isu agama?

“Siapa yang membuat berita palsu? Siapa pembohong? Adakah Perdana Menteri Tun M akan ambil tindakan? Menteri Dalam Negeri akan ambil tindakan?” soalnya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.