AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Khairuddin Othman disifatkan sebagai penipu dan mudah lupa kerana memutarbelitkan fakta berhubung isu roboh rumah penduduk Paya Jaras, kata Jawatankuasa Bertindak Penduduk Paya Jaras Hilir.

Pengerusinya, Azroy Manaf berkata, sebelum ini, Khairuddin menuduh penduduk Paya Jaras Hilir sebagai pendatang tanpa izin, tetapi beliau menukar kenyataan tersebut.

Selain itu, Azroy berkata, Khairuddin juga berbohong mengenai pampasan sebanyak RM7,000 yang ditawarkan kepada penduduk.

“YB Khairuddin menipu kononnya tidak menawarkan pampasan tersebut seperti yang disebut pada sesi wawancara bersama Utusan Online baru-baru ini.

“Tetapi laporan akhbar telah menyebut tentang tawaran pampasan itu seperti yang dinyatakan kerajaan negeri dan Menteri Besar sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azroy turut membidas kenyataan Khairuddin yang mengaitkan beliau kononnya meminta wakil rakyat itu tidak merobohkan rumah yang mempunyai anak yang sedang menduduki peperiksaan.

Jelas Azroy, dalam surat rayuan yang dihantar kepada Khairuddin, beliau menyatakan sebab lain agar menangguhkan tugas merobohkan rumah penduduk.

“Berdasarkan kenyataan (Khairuddin) di Utusan Online, beliau mengeluarkan kenyataan membabi buta dengan mendakwa 28 rumah telah kosong.

“Ini kerana beliau sendiri tiada di lokasi kejadian sewaktu kejadian tersebut sedangkan penduduk masih ada di dalam rumah.

“Penguatkuasa yang dikerah ke lokasi kejadian telah mengeluarkan barangan penduduk sebelum mereka merobohkan rumah yang telah di tandakan.

“Hal ini adalah bukti YB Khairuddin adalah seorang yang rajin memutarbelitkan fakta dan seorang yang mudah lupa,” katanya. – NTHQiBord, 24 September 2019.

8 COMMENTS

  1. Jgn nk salah kn org lain, salah kn diri sndri. Kau yg pangkah dia org dlu. Kau yg sanjung dia org. La ni trima la nasib sndri.

  2. Inilah hadiah plg indah bagi penyokong2 PH.kerjaan PH langsung tidak memiliki sikap bertolak ansur dan todak berhati perut malah bersikap berat sebelah…brp kerap kita dgr Kerjaan PH merobohkan atau mengusir penduduk2 berbangsa cina atau india? Sedih jigak tgk kedai dan gerai melayu dirobohkan….padahal byk lagi kedai2 cina yg tumbuh mcm cendawan kat tepi2 jalan…tp bebas berniaga!!!

  3. Sepatutnya pihak Kerajaan PH lebih fokus kpd membasmi kebanjiran warga asing..lagi2 yg kecoh baru ni rakyat negara china yg konon ada IC malaysia..tapi ckp melayu sepatah haram tak tau! Jgn la kacau org2 melayu yg mmg penduduk asal malysia

  4. Bak kata P.RAMLEE.:korang dh Tau dia menipu,YG korang cerdik pndai TU pergi percya dkt penipu TU pasal ape???

  5. Hukum org yg jual ic… Pihak berwajib cari sampai dpt org yg beli ic jangan biarkan orang2 ini terlepas…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.