TIADA tarikh ditetapkan Pakatan Harapan (PH) untuk Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menyerahkan kuasa kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menurut penasihat media Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin.

Perjanjian antara pemimpin-pemimpin PH ‘tidak disusuli sebarang tarik dalam sebarang dokumen’, katanya. “Samada ia 2020, 2030 atau 2050, tarikhnya tidak spesifik,” katanya menurut agensi berita nasional.

“Terdapat lima janji yang dipersetujui oleh pemimpin Pakatan Harapan, adalah Tun M mengekalkan pengerusi PH, untuk beliau menerajui kempen Pilihan Raya Umum ke-14, diikuti beliau menjadi Perdana Menteri, mendapat pengampunan untuk Anwar dan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.”

Beliau melahirkan keyakinan bahawa Mahathir akan menunaikan perjanjian itu.

Kadir, bekas ketua editor New Straits Times Press, juga menyatakan ahli politik juga cenderung untuk bergantung kepada sosial media bagi mendapatkan berita.

Beliau berkata, media arus perdana meruapak sumber berita yang boleh dipercayai memandangkan ia dilakukan oleh individu terlatih yang mengikuti etika dan undang-undang.

“Media arus perdana bukan hanya mengandungi wartawan sahaja, terdapat editor dan sub editor bagi memastikan maklumat yang diperolehi betul dan sahih sepanjang masa.

Beliau mengakui terdapat pegawai kerajaan Pakatan Harapan bergantung kepada media sosial, dengan sebahagian mereka tidak mengikuti akhbar arus perdana.

Mereka mungkin terlalu bergantung terhadap maklumat yang diperolehi daripada group WhatsApp yang mana mereka mungkin disajikan dengan maklumat yang tidak tepat, tambah beliau. – 24 September 2019.

2 COMMENTS

  1. Jangan harap lah Mahadir hendak serah kuasa PM pada Anuar. Anuar pun takan tak kenal dengan Mahadir. Manusia kalau hendak berubah umur dia bawah 40 tahun. Lepas itu jangan harap lah.

  2. Maddia cetak hampa dah kena saman tsk serik2 lagi ke?nak selalu kena saman ko?di isytihar muflis begitu suka?bukan semua rakyat M’sia sukokn kome sgt pun,sebb kdng2 bukan org biasa shj munafiq,kdg2wartawan2 juga begitu…jgn maraaaaaaah a,a,a,a,..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.