KERAJAAN yang lepas dah buat silap kerana tidak ada mekanisme mengawal pemaju tamak. Mereka biarkan sahaja harga rumah naik berkali ganda.

Kerajaan yang baru pula buat silap kerana cuba bersungguh sungguh nak bantu pemaju tamak dari rugi. Mereka salahkan kerajaan lama sedangkan mereka sendiri sambung buat kesilapan tersebut.

Sepatutnya kena dihentikan dan jangan sokong pemaju tamak ini lagi. Utamakan kebajikan rakyat.

Ada yang kata kerajaan kena bantu pemaju sebab mereka ada hutang dengan bank.

Kalau rumah tak terjual, mereka tak boleh bayar hutang nanti jadi hutang lapuk. Kalau besar hutang lapuk nanti ekonomi negara akan terjejas. Itu betul.

Saya setuju akan ada kesan begitu bila rumah tidak terjual. Sekarang nilai hartanah tidak terjual sudah mencecah RM100 billion dan semakin meningkat sebab ada lagi projek di peringkat perancangan dan belum dimulakan.

Tetapi dengan kerajaan membantu pemaju yang tamak ini, secara langsung akan terus meningkatkan harga rumah.

Maka akan meningkatlah inflasi. Hidup rakyat bawahan akan jadi lebih susah kerana pendapatan boleh belanja mereka menjadi semakin kecil.

Kerajaan tolong atau tidak tolong pemaju tamak, lambakan rumah tidak terjual tetap akan menjejaskan ekonomi negara.

Tetapi dengan tidak menolong pemaju tamak, rumah mampu milik akan bertambah selepas ini.

Harga rumah juga akan lebih munasabah dan rakyat akan mampu beli rumah yang lebih baik dengan harga yang lebih munasabah.

Rakyat juga akan mempunyai pendapatan boleh guna yang lebih banyak bila harga rumah lebih murah.

Bila kita terpaksa berdepan dengan dua mudarat, pilihlah mudarat yang lebih kecil. Jadi jangan bantu pemaju yang tamak. – 25 September 2019.

ANUAR AHMAD,
Pensyarah UKM.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.