KONGRES Maruah Melayu wajar disokong semua pihak tidak mengira parti jika ia membawa kebaikan kepada orang Melayu dan Islam, kata Presiden Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Kebangsaan, Yang Berhormat Mohd Syahbuddin Hashim.

Mohd Syahbuddin berkata, kongres anjuran universiti tempatan itu dilihat sebagai usaha kerajaan memperjuangkan dan tidak meminggirkan orang Melayu.

“Tapi yang positifnya, kongres ini melibatkan golongan akademik bagi membincangkan hala tuju dan masalah orang Melayu yang dihadapi hari ini,” katanya ketika dihubungi NTHQiBord,

Mengulas lanjut tentang kongres itu, Mohd Syahbuddin berkata, program itu mampu melonjak semula Perlembagaan negara ini.

Jelasnya, menerusi kongres itu, orang bukan Melayu perlu akur tentang perkara yang termaktub dalam Perlembagaan manakala orang Melayu akan faham kedudukan mereka.

“Kita akan kembali berpegang kepada kontrak sosial.

“Jika golongan akademik yang mahu buat kongres ini secara ilmiah,
secara intelektual, maka teruskan.

“Tapi jika ia mahu berbaur politik, maka kena libat semua parti politik dalam kongres itu,” katanya.

Mohd Syahbuddin mengulas mengenai penganjuran Kongres Maruah Melayu Tanah Kita yang dijangka berlangsung pada bulan depan dengan melibatkan ahli akademik daripada empat universiti.

Antaranya universiti terlibat adalah Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Setiap universiti itu akan menghantar wakil akademik masinng-masing bagi membincangkan masalah yang dihadapi orang Melayu sejak kebelakangan ini. – 25 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.