PUTRAJAYA, 06/05/2019, Prime Minister Tun Mahathir Mohamad speaking at a media session at the Prime Minister's Office in Putrajaya today. (Pic by Hussein Shaharuddin/TMR)

MASYARAKAT antarabangsa perlu meletakkan krisis Rohingya tepat pada radarnya dengan tujuan bagi menyelesaikannya sekarang, tegas Tun Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, tindakan itu perlu memandangkan adalah jelas kerajaan Myanmar tidak bersedia untuk mengambil sebarang tindakan untuk menyelesaikan krisis itu.

“Sehubungan itu, terpulanglah kepada kita – masyarakat antarabangsa, untuk melakukan sesuatu mengenai situasi ini,” kata Tun Mahathir pada acara sampingan peringkat tinggi mengenai ‘Krisis Rohingya – Menuju Ke Hadapan’ yang berlangsung di ibu pejabat PBB di New York, Selasa.

Beliau berkata demikian pada penampilan pertama sejak tiba di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Sesi ke-74.

Sebagai permulaan, beliau berkata, PBB perlu memainkan peranannya, dengan mengambil kira ia diwujudkan dengan harapan dapat menghalang kesengsaraan perbuatan manusia di masa hadapan.

“Tetapi tindakan membisu (berhubung isu Rohingya) ini adalah memekakkan telinga,” katanya, kepada badan dunia itu yang akan mengadakan perhimpunan tahunan minggu ini.

Tun Mahathir juga tidak menyembunyikan kata-katanya mengenai apa yang berlaku di negeri Rakhine barat Myanmar di mana komuniti etnik Muslim Rohingya melarikan diri beramai-ramai untuk mencari perlindungan dan keselamatan diri.

“Marilah kita mulakan dengan bercakap yang benar. Apa yang berlaku di negeri Rakhine ialah pembunuhan beramai-ramai, perkosaan secara sistematik dan lain-lain pencabulan hak asasi manusia,” katanya.

Tun Mahathir berkata, ini menyebabkan etnik Rohingya melarikan diri dari negara itu secara beramai-ramai, dan paling banyak berakhir di Cox’s Bazar di Bangladesh.

“Berhubung perkara ini, kami memuji Bangladesh untuk semua yang dilakukannya, dalam menjadi tuan rumah kepada lebih 1.2 juta pelarian Rohingya,” kata Dr. Mahathir sambil menambah, Malaysia pada pihaknya juga berusaha untuk melakukan apa sahaja yang boleh. – 25 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.